Monday, July 14, 2014

TEMUDUGA AO


Salam PERPETA,

Proses pemgambilan Pegawai Pertanian baru G41 sedang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) daripada 7 - 17 Julai 2014 di semua pejabat SPA di seluruh Malaysia. Proses pengambilan pegawai pertanian ini adalah untuk mengisi sebanyak kekosongan 24 jawatan pegawai pertanian Gred G41 di Jabatan Pertanian. Difahamkan terdapat lebin 720 orang calon yang telah mendaftar online dengan SPA terlibat dengan proses temuduga ini. Sebanyak 6 panel penemduga dilantik oleh SPA untuk menjalankan proses pemilihan ini selama 10 hari. Kepada calon-calon yang bakal terpilih ini PERPETA mengucapkan tahniah dan selamat berjuang bersama PERPETA pada masa akan datang.

Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian Malaysia
Putrajaya
(10 Julai 2014)

No comments:

Post a Comment