Wednesday, October 30, 2013

PERLANTIKAN PENGARAH BAHAGIAN

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada dua orang Pengarah Bahagian yang baru dilantik iaitu Tn Hj Mohd Yunus Ismail (Gred G54) sebagai Pengarah Bahagian Pertanian Bandar pertama mulai 1 November 2013. Tempat beliau akan digantikan dengan Encik Shaharizan Majid (G54) sebagai Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian mulai tarikh yang sama. Ini selaras dengan pengujudan bahagian baru iaitu Pertanian Bandar di Jabatan Pertanian selaras dengan mandat Perdana Menteri Malaysia untuk membangunkan pertanian didalam kawasan bandar utama di Malaysia. Bersama dibahagian baru ini adalah seramai 26 perjawatan daripada beberapa bahagian yang di mansuhkan termasuk daripada Hortikultur (14 Jawatan), PSM (2 jawatan), Perancangan (4 Jawatan) dan juga Pengurusan. Tahap pertama bahagian ini dijangka akan menyediakan perancangan projek-projek pertanian bandar yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Semuga pertukaran ini akan meningkatkan lagi produktiviti Jabatan Pertanian dikaca mata semua pihak.
Selamat Bertugas! Wasallam.

Oleh,
Ketua Biro ,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(31 Oktober 2013)

Tuesday, October 29, 2013

UNIT INTERGRITI JABATAN PERTANIAN


SALAM PERPETA,  

Satu unit baru di Jabatan Pertanian akan ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Bil 6/2013 yang dirancang sebelum akhir tahun 2013. Unit ini ditubuhkan dalam Jabatan Pertanian dibawah Ketua Pengarah Pertanian Malaysia adalah untuk meningkatkan tahap intergriti dikalangan warna jabatan. Unit ini melibatkan seramai 18 orang pegawai terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan (Pegawan SPRM, Pegawai Jabatan Pertanian - G, Pegawai Agama dan juga pegawai sokongan pengurusan.  Adalah diharapkan unit ini akan memberikan impak yang positif untuk Jabatan Pertanian dan kakitangannya dalam aspek intergriti.

Dibawah saya paparkan pekeliling tersebut diatas untuk dibaca dan difahami oleh ahli-ahli PERPETA:-


PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM 


TUJUAN 

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan 
Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu 
berkaitan integriti di semua agensi awam. 

LATAR BELAKANG 

2. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti 
merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan 
Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan 
terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam 
menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem 
penyampaian awam yang lebih cemerlang. 
 2 


3. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi 
awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja 
unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat 
patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran 
tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. 

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI 

4. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk 
menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan 
enam (6) fungsi teras seperti berikut: 

a) Tadbir Urus 
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 

b) Pengukuhan Integriti 
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam 
organisasi; 

c) Pengesanan dan Pengesahan 
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta 
pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan 
tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan 

ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang 
bertanggungjawab; 

 3 

d) Pengurusan Aduan 
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat 
mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika 
organisasi; 

e) Pematuhan 
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang 
berkuatkuasa; dan 

f) Tatatertib 
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. 

5. Fungsi-fungsi sedia ada yang dilaksanakan oleh pelbagai bahagian/cawangan/unit 
di agensi perlu dipindahkan ke Unit Integriti ini berdasarkan kepada model Unit Integriti 

yang ditetapkan.

Selamat bertugas dalam Unit Intergriti yang baru ditubuhkan. Semuga anda semua dapat meningkatkan imej jabatan dimasa akan datang dengan ujudnya unit intergriti.

By,
M Anem,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Pertanian,
PUTRAJAYA
(23 Oktober 1322

Tuesday, October 22, 2013

BAHAGIAN PERTANIAN BANDAR

SALAM PERPETA,

Bahagian Pertanian Bandar Jabatan Pertanian akan di mulakan aktivitinya pada 1 November 2103 apaabila senarai pegawai-pegawai yang akan bertugas dijangka berkuatkuasa akhir bulan ini. Ketua Biro Modal Insan dimaklumkan seramai 27 jawatan dalam bahagian ini akan diisi secara berperingkat-peringkat melibatkan Pengarah Bahagian (Gred G54), Timbalan Pengarah (Gred G52) dan Ketua-ketua Penolong Pengarah (Gred g48) serta lain-lain kategori dari Gred G44, G41, G27/32/36 dan kumpulan sokongan pentadbiran. Bahagian ini akan beroperasi untuk membuat perancangan projek-projek dalam bahagian baru ini yang sesuai untuk kawasan bandar-bandar utama diseluruh negara. Dengan keujudan bahagian ini bermakna kita akan mempunyai 12 bahagian dalam jabatan dan ini akan dapat membantu pembengunan sektor pertanian dinegara khususnya dalam pengeluaran bahan makanan. PERPETA mengucapkan selamat bertugas kepada semua pegawai yang akan bertugas dalam Bahagian Pertanian Bandar yang mula bertugas November ini. 
TAHNIAH Jabatan Pertanian!.

By,
Ketua Biro,
Biro Pembangunan Modal Insan, 
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(23 Oktober 2013)

Monday, October 7, 2013

JURULATIH BIDANG KHAS


SALAM PERPETA,

Jabatan Pertanian telah mempunyai ramai Pegawai Jurulatih Bidang Khas (JBK) yang terdiri daripada pelbagai Disiplin untuk mengajar Pegawai Bidang Khas (PBK). Satu Maljlis Penyampaian Sijil JBK kepada semua yang dilantik telah diadakan pada 2 Oktober 2013 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian, Putrajaya. Pegawai JBK ini terdiri daripada pelbagai kategori pegawai daripada Skim Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian malahan dari kumpulan Pembantu Pertanian terpilih. Paling ramai adalah Pegawai JBK dalam bidang pengembangan pertanian diikuti dengan kumpulan Perlindungan Tanaman, Hortikultur, Tanah, Kualiti, PSM dan banyak lagi. Seorang JBK mempunyai sebanyak 8 disiplin dikalangan JBK yang dilantik yang bertugas di Bahagian Hortikultur, Putrajaya menerima sijil tersebut yang juga merupakan penulis blog pertanian yang sangat popular.


Khidmat pengembangan kepada petani.
JBK merupakan tenaga pengajar yang dilantik oleh KetuaPengarah Pertanian dan Pengarah Pertanian Negeri bagi mengajar PBK dalam sistem MS:ISO 9001 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Jabatan Pertanian. PBK pula akan mengajar Agen Pengembangan Kawasan (APK) dalam latihan dua mingguan yang diadakan mengikut jadual latihan berdasarkan kepada TNA dan TNI yang khusus. APK pula akan membuat lawatan kepada petani dan pelanggan berdasarkan kepada kalendar tanaman atau 'impact point' yang sesuai. Pemberian sijil JBK kepada semua melambangkan bahawa mereka adalah berkelayakan untuk mengajar PBK bagi penyampaian teknologi pertanian. 
Tahniah semua JBK Jabatan Pertanian!

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(3 Oktober 2013) 

Saturday, October 5, 2013

PENGIKTIRAFAN PAKAR PERTANIAN


SALAM PERPETA,

SERAMAI 68 PEGAWAI PERTANIAN TELAH DIANUGERAHKAN PENGIKTIRAFAN SEBAGAI 'PIND' ATAU MAKSUDNYA 'PAKAR INDUSTRI PERTANIAN' OLEH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA DAN SEORANG SEBAGAI 'PAKAR' ATAU JURULATIH. MALJIS PENYAMPAIAN SIJIL PIND DAN PAKAR INI TELAH DIADAKAN DI DEWAN SERBAGUNA PADA 1 OKTOBER 2013. KETUA PENGARAH PERTANIAN DIIRINGI OLEH TKPP(P) DAN TKPP(O) TELAH MENYAMPAIKAN SIJIL INI SEBAGAI TANDA SATU KEJAYAAN BAGI MEREKA YANG TELAH MENDAPAT SURAT LANTIKKAN DARIPADA JABATAN TENAGA RAKYAT. MEREKA MERUPAKAN KUMPULAN YANG TELAH DI IKTIRAF DALAM BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PAKAR DALAM PERTANIAN DIMANA KEBANYAKAN MEREKA ADALAH PEGAWAI-PEGAWAI SENIOR YANG BERKHIDMAT DALAM SATU BIDANG MELEBIHI 10 TAHUN.


KPP DALAM UCAPANNYA MENGUCAPKAN 'TAHNIAH' KEPADA 69 PEGAWAI PIND DAN PAKAR YANG MENINGKATKAN LAGI MARTABAT JABATAN PERTANIAN SEBAGAI JABATAN TEKNIKAL. PEGAWAI-PEGAWAI INI MERUPAKAN PAKAR RUJUK DALAM BIDANG INDUSTRI PERTANIAN DIDALAM NEGARA DAN DI LUAR  NEGARA DALAM BANYAK DISIPLIN. BELIAU BERHARAP AKAN ADA LEBIH RAMAI LAGI PEGAWAI PERTANIAN YANG LAYAK UNTUK MEMOHON SKIM INI DENGAN MEMAJUKAN PERMOHONAN KEPADA BAHAGIAN PSM SEBELUM DIMAJUKAN KEPADA JABATAN TENAGA RAKYAT. KATANYA PENGIKTIRFAN INI MEMBUKTIKAN BAHAWA KEPAKARAN INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI TUJUAN SEMASA BERTUGAS DIJABATAN ATAU SETELAH MEREKA BERSARA KELAK.
TAHNIAH KEPADA PIND DAN PAKAR JABATAN!

OLEH,
KETUA BIRO
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
PERPETA
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(2 OKTOBER 2013) 

Friday, October 4, 2013

KSN DENGAN WARGA JABATAN

SALAM PERPETA,

Satu perjumpaan 'Ramah Mesra' diantara warga Jabatan Pertanian dengan Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan diadakan pada 30 September 2013 jam 4.30 petang. Perjumpaan ini merupakan satu aktiviti khas yang diadakan sempena Jabatan Pertanian menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan yang diadakan di ruang legar Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani Putrajaya. Semua wakil persatuan, kesatuan dan jemputan khas seramai 400 orang diminta dapat menghadiri majlis tersebut. PERPETA akan memberikan beberapa usul terancang mengenai kebajikan skim perkhidmatan pegawai pertanian kepada Tan Sri KSN.
Sekian. 


Oleh:
Ketua Biro
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(17 Zulkaedah 1434H)

Thursday, October 3, 2013

HARI LAHIR OKTOBER

SALAM PERPETA,

SERAMAI 39 ORANG AHLI PERPETA AKAN MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN OKTOBER INI. TERSENARAI NAMA PALING ATAS ADALAH MOHD RASANI DIIKUTI DENGAN ATIKAH KADIR, SAMSIAH, ANUAR BUJANG , ZAZALI CHIK DAN KE 6 ADALAH ... KETUA BIRO MODAL INSAN PERPETA. MEREKA DILAHIRKAN PADA BULAN OKTOBER DENGAN BINTANG LIBRA DIMANA KEBANYAKANNYA DAN MUNGKIN JENIS ORANG YANG LEMBUT HATI, BERTOLAK ANSUR DAN TIDAK PANAS BARAN (INI RAMALAN ZODIAC YANG DIBACA DALAM AKHBAR). PALING MUDA DALAM SENARAI ADALAH AO MUSLIHA MUSA DARI MELAKA YANG BERNOMBOR 39 DALAM SENARAI DIBAWAH. PERPETA INGIN MENGUCAPKAN 'SELAMAT HARI LAHIR' PADA BULAN OKTOBER INI DAN DIHARAP MEREKA SEMUA AKAN DIKURNIAKAN KEIMANAN, KESIHATAN DAN KEJAYAAN DALAM KERJAYA DIJABATAN PERTANIAN.

1
Mohd. Rasani b. Awang Mat
Putrajaya
2
Atikah bt Abdul Kadir Jailani
Kuala Lumpur
3
Samsiah bt. Taib
IP. Ayer Hitam
4
Anuar b. Bujang
Sabak Bernam
5
Zazali b. Chik
Kuala Terengganu
6
Mohd. Anim b. Hosnan  
 Putrajaya
7
Mohd Yusoff b. Sadi Sutan
Kuantan
8
Zulkifly b. Ahmad
Kuantan
9
Tuan Rohana bt. Tuan Muda 
Bumbung Lima
10
Rozaidi b. Abdul Rahman
Perak
11
Johari b. Abdullah
Putrajaya
12
Mohamad Zaidi b. Hasan
Telok Chengai
13
Saifful Rizal bin Ibrahim
Kalaka Saribas
14
Rusdan b. Abdul Talib  
Melaka
15
Norzita bt. Hashim  
Johor
16
Rozziah bt. Bujang Masli
Kuala Lumpur
17
Anuar Juhaidee b. Mohd Nordin  
Kuantan
18
Beverlien Christine Daiman
Putrajaya
19
Muhammad Syaifudin b. Omar
Serdang
20
Rozita bt. Hamid
IP Bumbong Lima
21
Nur Arbaeyah bt. Abd. Rashid
Putrajaya
22
Maznahwati bt. Alias
PLKP Serdang
23
Abdul Razak bin Abdul Rahman
Kuala Langat
24
Siti Nor Azah binti Ayob
Kuala Lumpur
25
Safendi bin Don
Yan
26
Dalila binti Bahrun
Putrajaya
27
Nurhazarull Nadia binti Baset
Chembong, NS
28
Nur Faizah binti Tajudin
Bumbong Lima
29
Radzman Fariq bin Rohan
Telok Chengai
30
Noorzilawati bt. Abd Kamis   
Putrajaya
31
Nor Faezah binti Mahat
Kuala Lumpur
32
Mohamad Yuzaidi bin Azmi
Telok Chengai
33
Rozilawati bt. Mohd. Azman  
Kuala Lumpur
34
Nur Azrena bt. Mohd Khadri
Sungai Manik
35
Wan Nur Aimi bt. Shabuddin
Ajil
36
Aizam Salmi binti Abu Bakar
Kuala Lumpur
37
Mohd Azlan b. Abu Bakar
Pulau Gadong
38
Ahmad Syamhan Samsul Ambia
Putrajaya
39
Musliha binti Musa
Pulau Gadong

KESEMUA 39 PEGAWAI INI AKAN MENGINGATI HARI LAHIR DENGAN CARA SAMBUTAN TERSENDIRI. HANYA MEREKA DAN YANG TERDEKAT SAHAJA TAHU TARIKH SEBENAR MEREKA MENYAMBUT HARI LAHIR.

SELAMAT HARI LAHIR PADA OKTOBER!
WASALLAM.



By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 Oktober 2013)

Wednesday, October 2, 2013

RAMAH MESRA KSN

Tan Sri KSN memberikan ucapan kepada warga Jabatan Pertanian.
Salam PERPETA,

Satu Majlis Ramah Mesra antara warga Jabatan Pertanian dengan Tan Sri Dr Ali bin Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohd Zabidi telah diadakan pada 30 September 2013 di Ruang Legar Kementerian Pertanian Malaysia. Perjumpaan ini yang pertama sekali diadakan oleh KSN dengan Jabatan di bawah MOA melibatkan seramai lebih 500 pegawai Jabatan dari seluruh negara dari pelbagai lapisan kategori pegawai. Maljis ini diadakan selepas satu Mesyuarat Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan di Dewan Seberguna MOA yang dihadiri oleh seramai 80 Ketua Pengarah. Mesyuarat ini adalah bilangan 3/2013 dimana Jabatan Pertanian diberi penghormatan menjadi tuan rumah. Sebahagian daripada ketua-ketua pengarah juga hadir pada majlis tersebut untuk bersama-sama dengan Tan Sri KSN yang 'merakyatkan perkhidmatan awam'.

Ketua pengarah dalam memberikan ucapan menyentuh mengenai beberapa kejayaan dan fungsi Jabatan Pertanian dalam mempastikan bekalan makanan negara mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. KPP juga menerangkan fungsi dan tugas pegawai dengan sokongan beberapa akta yang ada dijabatan. Seterusnya KPP menjelaskan bahawa Bahagian Pertanian Bandar telah diujudkan dalam Jabatan Pertanian dan akan beroperasi pada akhir tahun 2013 melibatkan seramai 27 orang pegawaii di Putrajaya. KPP akhirnya membuat permohonan kepada JPA untuk pengujudan jawatan kenaikan pangkat kepada semua yang layak dalam Jabatan Pertanian.


Sebahagian pegawai Jabatan Pertanian mendengar ucapan.

KSN memberikan ucapan balas dengan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian yang berjaya menjadii tuan rumah mesyuarat Ketua2 Jabatan Persekutuan kali ini. Katanya perkhidmatan awam perlu 'dirakyatkan' dengan lebih dekat kepada pelanggan. Beliau juga menyentuh beberapa dasar perkhidmatan awam. Seterusnya beliau menyentuh kepentingan Jabatan Pertanian yang beroperasi dilapangan dengan mendekati pelanggan, petani, usahawan dengan pro-aktif sesuai dengan dasar semasa. Beliau tidak mahu Jabatan Pertanian pupus seperti 'Dinosour' kerana tidak berubah dan tidak sensitif dengan perubahan kehendak pelanggan. Seterusnya beliau menyentuh mengenai perkhidmatan awam yang perlu disesuaikan dengan kehendak semasa. Beliau menerangkan bertapa terdapat beberapa kumpulan penjawat awam yang berada dalam 'jabatan terttutp' agak kurang peluang dalam kenaikan pangkat. Ini katanya , akan beliau bersama Tan Sri KPPA melihat bagaimana penambahbaikan dapat dilakukan. KSN bersedia menerima kunjunagn Ketua Pengarah untuk membuat perbincangan rasmi mengenai perkara ini.

Agenda seterusnya adalah pelancaran Majallah 'CAMBAH' terbitan Jabatan Pertanian yang mengandungi maklumat teknikal pertanian. Saudara Mohd Anim Hosnan, Timbalan Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian mewakili semua warga Jabatan Pertanian bangun untuk memberikan pertanyaan dan memajukan permohonan untuk Jawatan KUP bagi Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian kepada Gred Jawatan yang lebih tinggi. Beliau mengucapkan tahniah kepada Tan Sri KSN yang mana ia kali pertama kebanyakan pegawai Jabatan dapat berjumpa KSN. Beliau memberi contoh perkhidmatan AO terdapat ramai pegawai mendapat gred G48 pada unur 52 tahun sedangkan ia jarang berlaku pada perkhidmatan lain. Surat permohonan rasmi oleh Mohd Anim diserahkan sendiri kepada Tan Sri KSN didaksikan oleh KPPA, KPP, TKPP(P), TKPP(O), Semua Pengarah Bahagian, Semua Pengarah Negeri dan warga Jabatan Pertanian. Semuga permohonan ini akan menghasilkan jawapan yang diharapkan. InsyAllah!


Hidangan buah-buahan tempatan kepada hadirin.
Majlis diteruskan dengan jamuan ringan minuman petang dengan buah-buahan dihidangkan seperti Durian Musang King, Nenas MD2, Dokong, Salak, Jambu Air Merah E6, Jambu Batu Lohan, Mangga MA224 Cokanan, Melon, Nangka Tekam Yellow J33 dan banyak lagi. Bahagian Hortikultur menguruskan hidangan buah-buahan tersebut yang disumbangkan sebahagiannya oleh Pengarah Pertanian Negeri-negeri. Tan Sri KSN  bersalaman dengan warga jabatan sebelum meninggalkan majlis sekitar jam 6.00 petang. Sesungguhnya lawatan Tan Sri KSN ini amat bermakna kepada semua warga Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian juga!.
TAHNIAH!....TAHNIAH!.....TAHNIAH!


Oleh,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian
Putrajaya. (1 Oktober 2013)