Monday, July 7, 2014

KSU MOA

Salam PERPETA,

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Mohd Hashim Abdullah telah bersara pada 7 Julai 2014 dan digantikan dengan Dato Mohd Ariff Abdul Rahman pada satu Majlis Serah Tugas di Aras 7, di Kementerian Pertanian Malaysia, Putrajaya. Majlis tersebut telah di hadiri sama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang menyempurnakan majlis. Ramai ahli PERPETA hadir sama dalam majlis tersebut dan bersalaman semasa acara 'punch out' di perkarangan lobi kementerian. PERPETA mengucapkan selamat bersara kepada Dato Mohd Hashim dan mengucapkan tahniah kepada KSU yang baru Dato Mohd Arif semuga akan lebih cemerlang MOA pada masa akan datang. Selamat Maju Jaya!.


Dato Mohd Ariff - KSU baru MOA


Sekitar Majlis Punch-Out Terakhir & Serah Tugas YBhg Datuk Seri Mohd Hashim Bin Abdullah selaku KSU Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani sebentar td di Wisma Tani,Putrajaya..
Selamat Bersara YBhg Datuk Seri..Jasamu Sentiasa Dikenang.

Daripada,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia. 

No comments:

Post a Comment