Thursday, January 8, 2015

TKPP(P) dan TKPP(O) BARU

Salam PERPETA,

AJK PERPETA dan Ahli PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Hajah Norma bt Othman dan Tuan Hj Jabar Shaik Mohideen yang telah dilantik menjadi TKPP(O) dan TKPP(P) yang baru di Jabatan Pertanian Malaysia berkuatkuasa mulai 2 Januari 2015. Pengisian jawatan penting ini yang telah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada Disember 2014 untuk pengisian Gred Utama Jusa B. Dengan adanya dua orang Timbalan Ketua Pengarah ini rasanya Ketua Pengarah Pertanian akan lebih mudah untuk menjalankan tugasan rasmi. Presiden PERPETA, AJK PERPETA dan semua warga kerja Jabatan Pertanian mengharapkan perlantikan ini meningkatkan produktiviti serta dapat menyegerakan lagi pengisian kekosongan jawatan yang masih belum diisi lagi diperingkat Putrajaya dan Negeri. Wasallam.!

Oleh,
Presiden dan AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(7 Januari 2015)

Wednesday, January 7, 2015

PENGARAH NATC BARU

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan selamat bertugas kepada Tn Haji Jamal Harizan yang telah melaporkan diri sebagai Pengarah NATC di Kementerian Pertanian Malaysia pada 23 Disember 2014. Pengisian jawatan tersebut adalah giliran pegawai daripada Jabatan Pertanian mengikut amalan biasa dengan Gred Jawatan Jusa C. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia mulai Jun 2014 dan sebelum ini beliau telah bertugas di Bahagian Perancangan Jabatan Pertanian. NATC merupakan bahagian yang terlibat dengan semua aktiviti latihan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan siapnya pusat latihan NATC yang besar di Bukit Tangga, Kedah dan banyak pusat-pusat latihan lain dibawah 4 Jabatan dan 9 Agensi dibawah MOA. Semuga beliau akan terus berjaya dalam kerjaya.

Oleh,
AJK Perpeta,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(24 Disember 2014).