Wednesday, July 9, 2014

Majlis IFTAR Ramadan 2014

Salam PERPETA,

Satu majlis Iftar Ramadan Jabatan Pertanian telah diadakan pada 6 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 4 Julai 2014 di Dewan Besar, Institut Pertanian Serdang, Selangor. Seramai hampir 500 peserta hadir dalam majlis ini terdiri daripada ahli-ahli PERPETA, Pengarah-pengarah Bahagian, Pelajar-pelajar IPS, NGO Palestine, Para penduduk di kuarters Kompleks Pertanian Serdang dan para jemputan khas. Majlis dimulakan jam 6.00 petang dimulakan dengan ceramah mengenai Intifada Palestine dan kutipan derma Tabung Palestine. Pameran mengenai Palestine juga di buat diluar bangunan dewan. Majlis sembahyang maghrib dan Isya serta terawikh diimamkan oleh wakil dari Palestine.

Majlis ini juga menyaksikan penglibatan PERPETA dalam memberikan sumbangan kepada pihak berkaitan. Yg Bhg Dato' Ahmad Zakaria Sidek selaku Ketua Pengarah Pertanian baru telah menyampaikan sumbangan PERPETA duit tunai sebanyak RM1,450 kepada Hj Azmi selaku wakil tabung Palestine diiringi oleh Presiden PERPETA iaitu Tn Hj Mohd Anim Hosnan. Sumbangan seterusnya yang belum lagi diterima daripada bahagian dan negeri akan dimasukan terus kedalam Akaun Tabung Palestine kelak. Seterusnya adalah sumbangan daripada PERPETA sebanyak RM1,000 tunai kepada wakil Jawatankuasa Masjid Baru Kompleks Pertanian Serdang yang hampir siap pembinaannya. Turut membuat sumbangan kepada tabung masjid adalah wakil Koperasi Jabatan Pertanian iaitu Encik Idris. Majlis yang dianjurkan bersama oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan PERPETA ini seterusnya adalah berbuka puasa bersama semua pihak di perkarangan dewan besar sehingga waktu sembahyang Isyak dan Terawikh. Sekian. Wasallam!.

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(4 Julai 2014)

No comments:

Post a Comment