Thursday, July 10, 2014

PENGARAH-PENGARAH BARU 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada 5 orang Ahli PERPETA yang telah di lantik menjadi Pengarah Bahagian dan Pengarah Pertanian Negeri. Mereka yang dilantik menjadi Pengarah Pertanian Negeri adalah Encik Idrus bin Hamid (Pengarah Pertanian Negeri Selangor - Gred G54), Tn Hj Mohd Nasir bin Warris (Pengarah Pertanian Negeri Terengganu - Gred G54) dan En Zabidi bin Dun (Pengarah Pertanian Negeri Perak - Gred G54). Perlantikan PPN baru ini akan menentukan peranan Jabatan Pertanian di negeri-negeri tersebut akan lebih berkesan dan cemerlang dengan program-program pembangunan pertanian semasa dinegeri tersebut. Pengalaman dan kredibiliti mereka akan memberikan impak baik kepada PERPETA jua akhirnya. 


PERPETA juga mengucapkan tahniah kepada Puan Faridah Aini Mohamad (Gred Jusa C) yang telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Kuala Lumpur dan juga Encik Jamal Harizan Yang Razali yang telah dilantik menjadi Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (Gred G54), Putrajaya. Semuga perlantikkan ini akan menjadikan Jabatan Pertanian lebih cemerlang dan berjaya. Wasallam!. 

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(1 Julai 2014)

No comments:

Post a Comment