Friday, November 22, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN GRED G41

SALAM PERPETA,

Dengan seramai 47 orang rakan kita naik pangkat daripada Gred G41 kepada Gred G44 pada pertengahan bulan November 2013, bermakna sebanyak itu juga kekosongan jawatan pegawai pertanian yang perlu diisikan. Pemangkuan mereka yang bermula November ini akan memberikan ruang kepada graduan daripada disiplin Ijazah Sains Pertanian untuk memohon menjadi Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian. Kepada mereka para graduan yang berminat menjadi pegawai pertanian perlu sentiasa menjenguk lamanweb Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bila iklan akan dikeluarkan dan dengan segera boleh memohon. Kelayakan akademik yang baik dengan CGPA melebihi 3.5 keatas adalah 'advantage' kepada calon yang memohon. PERPETA berharap akan ramai calon berwibawa dan kena seimbang antara jantina (Kini ia dimonopoli oleh kaum hawa ketika temuduga dan menerima jawatan Pegawai Pertanian).

Semuga pegawai pertanian yang naik pangkat mempunyai komitment lebih baik dilokasi penempatan yang baru dan tidak menimbulkan masaalah kepada pengurusan tertinggi mengenai penempatan mereka. Biasanya tempat baru akan memberikan pendedahan lebih baik daripada tempat lama bertugas. Selamat Bertugas Semua!

Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(22 Nov 2013)

Tuesday, November 12, 2013

TAHNIAH PEGAWAI PERTANIAN G44

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Pertanian Gred G41 yang dilantik untuk proses kenaikan pangkat ke Gred G44 mulai pertengahan November 2013. Seramai 47 pegawai ini dimana kebanyakan mereka telah menerima surat pemangkuan sekitar pertengahan November dan penempatan di mana kekosongan G44 yang perlu diisikan. Proses kenaikan pengkat ini merupakan satu proses biasa yang dijalankan dalam perkhidmatan kerajaan. Kepada mereka yang terpaksa bertukar lokasi tempat kerja, adalah dinasihatkan menerima tanpa apa-apa keraguan dalam melicinkan pengurusan kenaikan pangkat ini. PERPETA percaya dimana jua anda ditugaskan akan dapat memberikan khidmat terbaik untuk memajukan pertanian negara.
Tahniah semua! Wasallam!


Oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan dan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.

Thursday, November 7, 2013

MESYUARAT AJK PERPETA NOV 2013

SALAM PERPETA!

Mesyuarat Pengurusan Persatuan Perkhidmatan Pegawai-pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (PERPETA) diadakan pada 6 November 2013 di Putrajaya. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PERPETA dan juga beberapa Ex-Officio daripada Negeri-negeri. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden PERPETA YH Dato' Sabtu Slamat dimana dalam ucapan pengerusi menyatakan beberapa perkara penting yang perlu dibincangkan dalam persatuan ini. Antaranya adalah seperti memperbaiki skim perkhidmatan pegawai pertanian dan memperbanyakan aktiviti PERPETA diperingkat pusat dan juga negeri-negeri. Perbincangan juga berkisar dalam cadangan-cadangan untuk menambahbaik aktiviti persatuan bagi meningkatkan lagi keberkesanan PERPETA. Seterusnya adalah pembentangan laporan aktiviti oleh ketua-ketua biro dan ex-officio yang berkaitan.

PERPETA merupakan satu daripada NGO di Jabatan Pertanian selain daripada Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan Kesatuan Pembantu Pertanian yang aktif. Semuga PERPETA akan terus aktif didalam menjaga kebajikan dan wadah untuk pegawai-pegawai pertanian di Jabatan Pertanian. 

Oleh,
Ketua Biro
Biro Perkhidmatan dan Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia
(6 Nov 2013)

Tuesday, November 5, 2013

BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan terimakaseh kepada Kerajaan Malaysia yang mecadangkan bonus setengah bulan gaji daripada pembentangan Belanjawan Negara pada 25 Oktober 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Semua kakitangan awam mendapat bonus setengah bulan gaji atau bayaran minima RM 500 yang akan dibayar pada Januari 2014. PERPETA berharap dengan insentif ini akan memberikan dorongan kepada semua ahli PERPETA untuk bekerja dengan lebih kuat pada masa akan datang.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini. Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion. Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

SELAMAT BERTUGAS!

Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 Nov 2013)  

Friday, November 1, 2013

SELAMAT HARI LAHIR NOVEMBER

SALAM PERPETA,

PERPETA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA SEMUA 50 AHLI PERPETA YANG MERAIKAN HARI LAHIR PADA BULAN NOVEMBER 2013 KALI INI. DARIPADA REKOD MENUNUKKAN, SERAMAI 50 AHLI PERPETA AKAN MENYAMBUT HARI LAHIR PADA BULAN NOVEMBER INI DIMANA-MANA LOKASI MEREKA BERTUGAS. MEREKA BOLEH MENYAMBUT HARI LAHIR SEMPENA HARI CUTI DEEPAVALI ATAU HARI CUTI AWAL MUHARAM.

BERIKUT ADALAH MEREKA YANG TERLIBAT:-



           NAMA PEGAWAI                               TEMPAT BERTUGAS
1
Faridah bt. Ahmad   
Putrajaya
2
Ismail b. Salleh
Teluk Chengai
3
Mat Khalil b. Jamian
Putrajaya
4
Mohd Kaberi b. Ghani
Besut
5
Shamsudin b. Mat Saat  
Kuantan
6
Fatimah bt. Mohd Anwar
Kuala Lumpur
7
Ngaijan b. Agale 
Ayer Hitam
8
Afandi b. Sulaiman  
Putrajaya
9
Kalaivanan a/l Nadarajah
Titi Gantong
10
Lee Sim Huat   
Kuching
11
Abdul Ghani b. Ahmad     
Chembong
12
Ramli bin Ab. Rahman
Telok Chengai
13
Mohd. Zahir b. Dahalan
Serdang
14
Dee Noo Aiza Hayati bt. Md Noh
Putrajaya
15
Latifah bt. Merais 
Putrajaya
16
Hirwan b. Ahmed Hambal     
Ipoh
17
Mahathir b. Omar    (M)
IP. Ayer Hitam
18
Mohd Azlisham bin Shaari
Lundang
19
Noorhafizah bt. Rahim
Titi Gantong
20
Faizah bt. Ramli
Kota Kinabalu
21
Mohd Jurijh bin Abdullah Fauzi
Putrajaya
22
Salahuddin bin  Mamat
Telok Chengai
23
Dg. Masrizah bt. Ag. Tengah      
Kuala Lumpur
24
Mohd Junaidi bin  Abdullah
Putrajaya
25
Muhd Fakhrush Syazwan B. Daud
Serdang
26
Idyani binti Ismail
K.Terengganu
27
Noaini bt. Mamat
Marang
28
Ahmad Luthfi b. Ismail          
Hulu Selangor
29
Nurzawani binti Md Isa
Kedah/Perlis
30
Siti Mardiana binti Ismail
Telok Chengai
31
Muhamad Ismawi bin Salimin
Kuantan
32
Ahmad Hisham bin Abdul Rahim
Lekir
33
Mohd Hafiz bin Jaafar
Bumbong Lima
34
Nurhikmah Ihsan bin Abdullah
Seberang Perak
35
Nurul Fatihah binti Yahya
Sungai Burong
36
Abdul Razak bin Mustafa
Putrajaya
37
Nur Shazwani binti Mohd Salleh
Putrajaya
38
Fatma Amalina binti Mustafha
Kota Bharu
39
Mohd Fariq bin Ahmad
Kota Setar
40
Andrew Iling
Ayer Hitam
41
S. Siree A/L Sankaran
Ipoh
42
Mohd Muazzam bin Abdullah
Dungun
43
Mohd Fizree b. Halim
Titi Gantong
44
Raja Mohamad Farhan bin Hashim
Kuantan
45
Ahmad Fikri bin Mohd Samsudin
Serdang
46
Lydia Soloma Jalong
Johor
47
Sharifah binti Mokhtasar
Shah Alam
48
Adibah binti Abdul Raof
Putrajaya
49
Mohd Faizul b. Miran          
Mersing
50
Daryl Leslie Sigah
Kuala Lumpur


SEMUGA DENGAN KEMATANGAN SETAHUN LAGI DARIPADA TAHUN LEPAS, MEREKA AKAN DAPAT MENYUMBANGKAN SESUATU YANG LEBIH BERGUNA KEPADA JABATAN PERTANIAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGARA. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PERPETA YANG BERCUTI. WASALLAM...

OLEH,
KETUA BIRO,
PEMBANGUNAN MODAL INSAN,
PERPETA,
JABATAN PERTANIAN
PUTRAJAYA
(1 NOV 2013)