Sunday, February 22, 2015

TAHUN BARU CINA 2015


SALAM PERPETA,

Presiden dan AJK PERPETA mengucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015' kepada semua ahli  yang merayakan perayaan tersebut tahun ini. Tahun baru yang jatuh pada 20 Febuari ini adalah bersamaan dengan Tahun Kambing (Goats) yang membawa harapan baik kepada pergerakan persatuan perkhidmatan pegawai pertanian Jabatan Pertanian Malaysia. Seramai 622 orang ahli persatuan ini ramai juga yang menyambut perayaan ini dengan sanak saudara dan rakan taulan. Sempena cuti panjang ini dijangka ahli-ahli PERPETA yang lain juga akan balik kampong atau makan angin kedestinasi masing-masing. Laporan akhbar pada hari ke dua menyatakan jumlah kemalangan jalanraya sebanyak 11,326 (Akhbar Harian Metro) dan Negeri Johor merupakan paling tinggi kes kemalangan maut. 

Tahun baru ini PERPETA berharap akan terus aktif dalam usaha memartabatkan Pegawai-pegawai Pertanian sebagai satu kumpulan profesional yang membantu ahli-ahlinya didalam berpersatuan dan mampu mewakili skim pegawai pertanian di jabatan. Semua AJK dan Ahli mempunyai peranan masing-masing dalam persatuan ini yang telah berumur lebih 20 tahun semenjak ditubuhkan.
'SELAMAT TAHUN BARU CINA 2015"

Dari,
Prediden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
Febuari 2015

Sunday, February 15, 2015

MESYUARAT AJK PERPETA BIL 1/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA Bilangan 1/2015 telah diadakan pada 5 Febuari 2015 di Aras 13, Bahagian PSM, Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden dan dihadiri oleh seramai 28 orang AJK dan Perwakilan dari Bahagian dan Negeri. Presiden dalam ucapan aluannya menyatakan yang proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan sedang dilakukan oleh pengurusan termasuk dua jawatan utama Jusa B dan 4 jawatan Jusa C. Ini akan diikuti dengan pergerakan lain-lain pangkat berikutnya. Presiden juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua AJK dan Ahli PERPETA yang telah menjayakan misi bantuan mangsa banjir 2014 di negeri-negeri Pantai Timur dan juga Perak. Komitment semua AJK dan ahli-ahli PERPETA amat dibanggakan dengan bantuan kewangan, barang makanan, pakaian, tenagakerja dan sebagainya selama hampir 2 bulan beroperasi.  Penggunaan whatAps dikendalikan oleh Penolong SU PERPETA 'Task Force Banjir" telah beroperasi dengan cekap dan mendapat respon amat positif sepanjang operasi mangsa banjir berlaku. Banyak foto dan aktiviti yang telah dirakam sepanjang operasi tersebut. Ini merupakan aktiviti murni yang amat diperlukan negara ketika menghadapi musibah seperti ini. PERPETA bangga dengan sumbangan anda semua.

Dalam tahun 2015, banyak rancangan aktiviti PERPETA akan dijalankan selaras dengan perlembagaan pertubuhan dan program-program yang sesuai diatur bersama Jabatan Pertanian. Tahun 2015 juga merupakan tahun terakhir perlaksanaan program RMK Ke 10 dan semua pihak sedang menyediakan program RMk Ke 11 untuk dilaksanakan 5 tahun lagi. Banyak projek-projek baru dirancang untuk dicadangkan kepada kerajaan bagi mempastikan peranan Jabatan Pertanian akan terus unggul dalam menentukan sektor pertanian terus relevan.  Cadangan projek telah di selaraskan  oleh Bahagian Perancangan untuk dibentang kepada EPU dan MOA sebelum akhir Mac 2015. Berikanlah cadangan terbaik untuk kita laksanakan dalam RMK ke 11 nanti. 

Mesyuarat AJK PERPETA kali ini juga membincangkan laporan kemajuan Biro-biro sepanjang tahun 2014. Walau pun ada sesetengah biro agak kurang menyerlah, tetapi ia akan diperbaiki pada tahun 2015. Bendahari dan Penolong Bendahari juga telah membuat laporan kewangan dan keahlian PERPETA dengan kemaskini. Semua AJK, wakil bahagian dan negeri-negeri dipohon agar mendaftarkan pegawai pertanian yang masih belum menjadi ahlii PERPETA. Rekod menunjukkan masih ramai dikalangan mereka yang berminat untuk menjadi ahli tetapi masih belum mendaftar. Ikutilah petua "Bulat Air Kerana Pembentong, Berjaya kita kerana Muafakat". 
Sekian.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(5 Febuari 2015).

Tuesday, February 3, 2015

AMANAT MENTERI TAHUN 2015

SALAM PERPETA,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia telah menyampaikan amanat tahunan kepada semua warga MOA pada 20 Januari 2015 bertempat di Dewan MAEPS, Serdang, Selangor. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri, KSU Kementerian , Ketua-ketua Pengarah dan pegawai-pegawai dari seluruh Jabatan dan Agensi dibawah MOA. Menteri telah banyak memberikan penerangan mengenai program dan peranan MOA dalam membangunkan industri pertanian negara. Majlis ikrar juga telah diadakan (Sila lihat foto diatas) sebelum amanat. Ramai ahli PERPETA yang turut hadir dalam majlis ini yang merupakan acara tahunan. 
Sekian. 

Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.


Thursday, January 8, 2015

TKPP(P) dan TKPP(O) BARU

Salam PERPETA,

AJK PERPETA dan Ahli PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada Hajah Norma bt Othman dan Tuan Hj Jabar Shaik Mohideen yang telah dilantik menjadi TKPP(O) dan TKPP(P) yang baru di Jabatan Pertanian Malaysia berkuatkuasa mulai 2 Januari 2015. Pengisian jawatan penting ini yang telah mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada Disember 2014 untuk pengisian Gred Utama Jusa B. Dengan adanya dua orang Timbalan Ketua Pengarah ini rasanya Ketua Pengarah Pertanian akan lebih mudah untuk menjalankan tugasan rasmi. Presiden PERPETA, AJK PERPETA dan semua warga kerja Jabatan Pertanian mengharapkan perlantikan ini meningkatkan produktiviti serta dapat menyegerakan lagi pengisian kekosongan jawatan yang masih belum diisi lagi diperingkat Putrajaya dan Negeri. Wasallam.!

Oleh,
Presiden dan AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(7 Januari 2015)

Wednesday, January 7, 2015

PENGARAH NATC BARU

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan selamat bertugas kepada Tn Haji Jamal Harizan yang telah melaporkan diri sebagai Pengarah NATC di Kementerian Pertanian Malaysia pada 23 Disember 2014. Pengisian jawatan tersebut adalah giliran pegawai daripada Jabatan Pertanian mengikut amalan biasa dengan Gred Jawatan Jusa C. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia mulai Jun 2014 dan sebelum ini beliau telah bertugas di Bahagian Perancangan Jabatan Pertanian. NATC merupakan bahagian yang terlibat dengan semua aktiviti latihan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan siapnya pusat latihan NATC yang besar di Bukit Tangga, Kedah dan banyak pusat-pusat latihan lain dibawah 4 Jabatan dan 9 Agensi dibawah MOA. Semuga beliau akan terus berjaya dalam kerjaya.

Oleh,
AJK Perpeta,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(24 Disember 2014).

Sunday, December 28, 2014

GERAKAN BANTUAN BANJIR 2014

SALAM PERPETA,

PERPETA dengan Jabatan Pertanian telah menggerakkan aktiviti bantuan mangsa bencana banjir 2014 diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan (Pn Dee Noo) mulai 25 Disember 2014. Aktiviti mengumpul barang-barang bantuan terdiri daripada makanan, pakaian, aur minuman dan sebagainya telah mula dikumpulkan di semua negari terlibat dengan Pusat Kejenteraan Pertanian Serdang dijadikan sebagai Pusat Operasi disekitar Putrajaya dan Selangor serta Kuala Lumpur. Mereka boleh berhubung dengan AJK PERPETA atau Perwakilan Negeri atau terus ke Pusat Peengumpulan di Serdang mengikut kemampuan. Surat dan WhatApp serte Telegram PERPETA telah aktif mengenai bantuan ini dengan sasaran utama adalah memberikan bantuan kepada ahli-ahli PERPETA terlibat, semua kakitangan Jabatan Pertanian da juga orang awam terilibat. Sumbangan wang tunai juga perlu diberikan kepada AJK dan Perwakilan dilantik untuk diserahkan kepada Bendahari sebelum disalurkan kepada pihak berkaitan kelak. Penaung PERPETA yang juga Ketua Pengarah Pertanian membuat perbincangan bagaimana hendak melaksanakan misi bantuan banjir ini pada 29 Disember 2014 di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya. Bantuan pemulihan selepas banjir akan disusun atur sekepas iua surut bagaimana kita boleh membantu mangsa banjir terutama dikalangan ahli Perpeta dan warga Jabatan Pertanian. Bersama-sama kit amenyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir 2014. Melihat foto dibawah, takkan kita kitak mahu membantu. Terimakaseh.



By,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(29 Disember 2014)

Thursday, December 25, 2014

BENCANA BANJIR 2014

SALAM PERPETA,


AJK PERPETA menasihatkan kepada ahli-ahlinya yang terjejas kerana bencana banjir bermula 22 Disember 2014 agar sentiasa bersedia dalam mengharungi bencana ini. Pastikan anda semua dalam keadaan siap sedia bila diarahkan berpindah kepusat pemidahan yang disediakan kerajaan. Banjir besar tahun ini merupakan fenomena biasa yang berlaku setiap 9-10 tahun sekali. Ahli Perpeta dan Jabatan Pertanian memang sangat responsif dan terlibat terus dengan bencana banjir dimana AO DAerah adalah salah satu AJK Banjir di peringjkat Negeri dan Daerah malahan anggota kita sering terlibat dalam operasi untuk menyelamat dan memberikan bantuan seperti pengangkutan dan kemudahan lain. PERPTA minta agar anggota Jabatan Pertanian memberikan khidmat dengan ikhlas dan sentiasa pentingkan keselamatan. Selapas banjir pula kita akan membuat penilaian kerosakkan tanaman yang memang jadi tugas hakiki setiap kali musim banjir berlaku. Gunakan kepakaran Jabatan Pertanian dengan sebaiknya dalam membuat nilai kerosakan untuk bantuan yang akan diuruskan oleh Majlis Keselamat Negara.


PERPETA akan cuba membuat kutipan derma berupa wang ringgit, makanan, pakaian dan sebagainya yang akan digerakan oleh Ketua Biro Kebajikan PERPETA dengan seberapa segera. Ahli-ahli dan AJK PERPETA boleh mengutip sumbangan apabila surat dikeluarkan kelak atau apa jua cara sekali pun. Semuga bencana banjir ini memberi iktibar kepada kita semua. Bagaimana pun dalam pertanian kita juga bersyukur kerana apabila banjir akan meyuburkan tanah atau merosakkan kesuburan tanag dilokasi tertentu. Kalau pada 2006 berlaku outbreak 'Moko disease' dan 'Papaya Dieback', agaknya apa pula kesan penyakit tanaman selapas banjir besar kali ini. Begitu juga adalah 'Rimput Miang Mexic0' akan mebiak dengan lebih banyak selepas banjir. Sama-sama ahli PERPETA fikirkan.



By,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.