Tuesday, November 25, 2014

MEMOHON TARAF KEPAKARAN - PIND DAN PAJAR

Salam PERPETA,

Semua Pegawai Pertanian yang bertugas di Jabatan Pertanian boleh mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai Pakar Industri Negara (PIND) dan Pakar Mengajar Negara (PAJAR). Syarat kemasukan menjadi pakar ini sangat mudah iaitu Warganegara Malaysia dan juga telah berkhidmat dalam bidang pertanian melebihi 10 tahun. Pada masa ini hanya terdapat 81 orang sahaja dalam Jabatan Pertanian yang ada Sijil Perakuan PIND dan 4-5 orang sahaja yang ada Sijil PAJAR. Sebahagian mereka telah pun bersara. Semua pegawai yang telah cukup syarat sebaiknya memohon melalui Bahagian PSM , Jabatan Pertanian, Putrajaya untuk diselaraskan walau pun mereka boleh memohon sendiri terus ke Jabatan Pembangunan Kemahiran, kementerian Sumber Manusia. Semuga anda semua menjadi Pakar dalam bidang pertanian!.
Dibawah dipaparkan syarat memohon PIND dan PAKAR:



By,
Presiden PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(15 November 2014)

Tuesday, November 18, 2014

MAJLIS ALUMNII UPM 2014

Salam PERPETA,

Seramai 12 orang AJK dan Ahli PERPETA telah hadir pada Majlis Makan Malam @ HOMECOMING VII yang telah diadalan pada 15 November di Dewan PKKSSAAS, UPM, Serdang, Selangor. Majlis yang dihadiri hampir 1,000 orang alumni UPM ini merupakan bekas pelajar UPM semenjak ditubuhkan daripada Kolej Pertanian dahulu sehingga menjadi Universiti Putra Malaysia. Tan Sri Mohd Noor dalam ucapannya menyatakan, projek membina Menara Ilmu UPM sehingga kini berjaya telah mengutip derma daripada alumni sebanyak RM1.0 juta dan kekurangan RM300,000 lagi untuk dibina mulai tahun 2015. Menara ilmu ini akan dibina dihadapan dewan dekat dengan pintu masuk UPM dan menjadi mercu tanda yang unggul bagi UPM. Semua alumni UPM dipohon untuk memberikan sumbangan bagi pembinaan menara ini sebagai 'finger print' mereka.
Bakal 'Menara Ilmu UPM'
Majlis Makan Malam ini juga menyampaikan Anugerah-anugerah kepada mereka yang memberi sumbangan kepada Negara, UPM dan bangsa. Antaranya Anugerah Khas Alumni yang diberikan kepada Dato Dr Mohd Nasir Ismail dan Dr Rohani Ibrahim, Anugerah Bakti Alumni kepada 5 penerima dan Anugerah Apresiasi Alumni kepada 19 penerima. Pegawai daripada Jabatan Pertanian dan Ahli PERPETA yang layak boleh dicalonkan untuk anugerah ini pada tahun 2015. Majlis ini membawa makna kepada Presiden dan Ketua Biro Modal Insan memasukki dewan ini setelah lebih 32 tahun dulu tinggalkan jejak iaitu semasa menerina ijazah graduasi. Memang tepat dengan tagline 'Sireh Pulang Ke Ganggang'. Selamat berjaya Alumni UPM!.


AJK PERPETA di Majlis Alumni UPM
 Oleh,
Presiden 
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(15 Nov 2014)

Monday, November 17, 2014

TAKLIMAT PERSATUAN PTD

Salam PERPETA,

Satu taklimat dan pembentangan mengenai Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah diadakan di Johor Bahru kepada AJK dan Ahli-ahli PERPETA Johor pada 11 November 2014. Taklimat diberikan oleh Dr Azani Saleh, Pengarah INTAN Wilayah Selatan yang juga mengetuai Persatuan PTD Zon Selatan. Menurutnya Persatuan PTD merupakan NGO yang sangat aktif dalam menjalankan aktivitinya sehingga mampu mengutip wang persatuan melebihi RM1.0 juta sejak ditubuhkan. Kini telah diujudkan kumpulan PTG Muda bagi merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan golongan ini tetapi mendapat consent daripada PTG Induk dahulu. Perananan NGO katanya sangat penting untuk memberi ruang kepada ahli-ahlinya membuat aktiviti positif dalam berpersatuan. Banyak aktiviti dalam persatuan yang boleh dilakukan demi kebajikan ahli-ahlinya yang sukar dilakukan oleh Jabatan. PERPETA dakwanya mempunyai banyak ruang untuk membuat aktiviti yang menjana ekonomi dengan panduan yang diberikan oleh persatuan PTD. Pada beliau pergerakan dalam NGO seperti ini adalah sangat baik untuk semua ahli dalam mereka berkomunikasi, beriadah, membina jati diri dan membentuk kepimpinan. PERPETA boleh membuat aktiviti seperti menganjurkan kursus pertanian kepada mereka yang berminat, promosi jualan hail-hasil pertanian, memberi khidmat kepakaran dan sebagainya sebagai satu aktiviti. AJK dan Ahli PERPETA memberikan ucapan ribuan terimakaseh diatas taklimt dan perkongsian ilmu yang diberikan oleh Dr Azani. Semuga berjaya!.


Dr Azani Saleh, Pengarah INTAN Kluang
Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Johor Bahru
Johor
(12 November 2014)

MAJLIS SANTAI AJK PERPETA DENGAN AHLI JOHOR

Cenderahati kepada pasangan dua ahli PERPETA Johor.
SALAM PERPETA,

Satu Majlis Makan Malam secara bersantai telah diadakan pada 10 November 2014 di Restoran Makanan Laut Saujana, Gelang Patah Johor Bahru, Johor. Majlis yang dihadiri oleh Presiden PERPETA, AJK Induk, Perwakilan Negeri dan Ahli-ahli PERPETA seramai 50 orang hadir majlis ini. Wakil Pengarah Pertanian Johor dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PERPETA 2014/2016 yang baru dilantik kerana memilih Negeri Johor sebagai jelajah bersama ahli-ahli PERPETA Negeri Johor sebagai pilihan ulung. Beberapa isu mengenai kebajikan ahli disampaikan untuk pengetahuan pucuk pimpinan. Presiden PERPETA dalam memberi ucapan secara santai juga membuat beberapa aktiviti serta halatuju yang akan dilakukan pada masa akan datang untuk kebaikan ahli PERPETA. Memeriahkan majlis makan malam tersebut adalah acara penyampaian cenderahati kepada ahli-ahli PERPETA yang baru berkahwin, ahli-ahli PERPETA yang bertukar tempat kerja dan cabutan bertuah. Majlis santai ini juga telah memperkenalkan pegawai pertanian yang baru dilantik untuk Negeri Johor dengan diberikan suntikan semangat bekerja dengan Jabatan Pertanian agar terus cemerlang dan berjaya. Majlis ini berjaya merapatkan silaturahim antara AJK PERPETA Induk, Perwakilan Negeri dan Ahli-ahli PERPETA Negeri Johor dengan efektif dan berjaya.

Ucapan santai presiden PERPETA.


Makan malam 'seafood' bersama AJK/Ahli Johor.


Ahli Johor gembira dengan majis santai PERPETA.


Pemenang cabutan nombor bertuah PERPETA Johor.

Cenderahati kepada Ahli PERPETA yang berpindah ke istana.

By,
Presiden dan AJK PERPETA,
Johor Bahru,
Johor.
(11 November 2013)

Saturday, November 15, 2014

TAKLIMAT PRESIDEN PERPETA di JOHOR

SALAM PERPETA,

Presiden PERPETA Jabatan Pertanian telah memberikan taklimat kepada AJK Induk dan Perwakilan Negeri serta ahli-ahli PERPETA Negeri Johor pada 11 November 2014 di Johor Bahru. Antara perkara yang disentuh adalah penjelasan mengenai peraturan dan undang-undang Persatuan Perkhidmatan Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian yang telah diujudkan semenjak 22 tahun dahulu. Beliau seterusnya menjelaskan struktur organisasi dan pengurusan peratuan serta halatuju PERPETA pada masa akan datang. Antara perkara disentuh mengenai ruang kerjaya sebagai Pegawai Pertanian, Kepakaran Pegawai, Tahap Profesionalisma, Kecekapan bertugas, Melanjutkan Pengajian ke Peringkat Lenih Tinggi (Masters dan PhD), Kehebatan berucap dikhalayak ramai, penglibatan dengan persatuan dan beberapa lagi. Presiden juga memberikan cadangan halatuju PERPETA dimasa akan datang dengan membuat beberapa aktiviti yang sesuai. Majlis ini dihadiri oleh seramai 52 ahli-ahli persatuan.

By,
Presiden dan AJK PERPETA,
Johor Bahru,
Johor
(11 Nov 2014). 

Wednesday, November 12, 2014

LAWATAN KEPROJEK TAHU BUMIPUTRA

SALAM PERPETA,

AJK PERPETA Pusat, Perwakilan dan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Kilang memproses Tauhu Semedang di Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 10 November 2014. Lawatan ini diadakan sempena Mesyuarat AJK PERPETA Bil 5/2014 yang diadakan di Johor BAhru dan Program Taklimat Halatuju PERPETA untuk Negeri Johor melibatkan lebih 45 orang. Kilang yang diusahakan oleh Encik Khalid ini mendapat bantuan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian dan bantuan peralatan bernilai RM8,000 berupa alat memproses kacang soya. Tahu Semedang merupakan sejenis makanan yang popular dan berasal daipada Pulau Jawa, Indonesia dan mempunyai permintaan yang tinggi di sekitar Johor terutamanya kawasan Johor Bahru. Tahu yang kecil ini digoreng dahulu sebelum dimakan dengan cili api atau sambal kicap. Rasanya yang lemak, rangup dan berempah menyebabkan ia amat sesuai dihidangkan sebagai makanan berkhasiat yang kaya dengan protin.  

Presiden PERPETA bersama AO Johor Bahru dan En Khalid.

Lawatan ini memberikan pendedahan baik kepada ahli-ahli PERPETA bagaiman Jabatan Pertanian berjaya membangunkan industri IAT yang kini agak kurang mendapat perhatian dalam RMK Ke 10 dari kerana kurang bajet diberikan berbanding dengan dalam RMK Ke 9 dahulu. Bagaimana pun Jabatan Pertanian Johor masih aktif untuk melaksanakan projek IAT melalui Program Galakan Usahawan (PGU) dan SMSI daripada peruntukkan kerajaan negeri. Wasallam.

Oleh,
Presiden PERPETA
Kawasan Perindustrian Tampoi
Johor Bahru
Johor 

Tuesday, November 11, 2014

MESYUARAT AJK PERPETA BIL 5/2014

SALAM PERPETA,

Mesyuarat AJK PERPETA Bil 5/2014 telah diadakan pada 10 November 2014 di Hotel New York, Johor Bahru, Johor sempena Majlis Taklimat Kerjaya Pegawai Pertanian dan Perjumpaan AJK Pusat PERPETA Pusat dengan Ahli PERPETA Negeri Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PERPETA dihadiri oleh AJK Induk dan AJK perwakilan daripada negeri-negeri. Presiden dalam ucapan aluan memohon agar PERPETA membuat perjumpaan dengan semua ahli-ahli diperingkat negeri untuk memberikan penjelasan mengenai halatuju dan juga aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan pada 2015. Mesyuarat juga membincangkan mengenai status keahlian dan juga laporan aktiviti setiap biro-biro. Perwakilan Negeri juga melaporkan aktiviti yang dilakukan sehingga Bulan Oktober 2014. Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari Kehormat dengan terperinci. Antara perkara lain yang dibincangkan adalah mengenai laluan kerjaya dan tahap profesionalisma pegawai-pegawai pertanian, isu berita dalam WhatsApp yang menujukkkan kenaikan pangkat secata 'time base' dan pelan aktiviti Perpeta untuk tahun 2015. Mesyuarat ini diadakan di Negeri Johor sempena jelajah AJK PERPETA untuk bersama dengan ahli dinegeri dalam menjalankan aktiviti dikelolakan bersama Bahagian PSM Jabatan Pertanian Malaysia. AJK PERPETA mengucapkan ribuan terimakaseh kepada Pemangku Pengarah Pertanian Johor dan Perpeta Negeri Johor yang mengaturkan tempat mesyuarat dan perjumpaan santai dengan majlis makan malam bersama ahli-ahli Perpeta Johor. Lawatan keprojek IAT juga diaturkan untuk memberikan pendedahan kepada AJK mengenai kejayaan Jabatan Pertanian Johor dalam melaksanakan tugasan. Tahniah!.
Sekian.

Oleh,
Preseden PERPETA
Hotel New York,
Johor Bahru,
Johor.

Monday, November 3, 2014

PERJUMPAAN MENTERI - NOVEMBER 2014

Salam PERPETA,

Majlis perjumpaan bulanan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan semua warga Kementerian telah diadakan pada 3 November 2014 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian, Putrajaya. Majlis kali ini adalah di'hostkan' oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Hampir 1,000 orang hadir dalam majlia kali ini dengan pelancaran majallah baru 'AGROTANI; yang diterbitkan bersama KOSMO. Dalam amanatnya menteri meminta agar semua warga kerja MOA terus komited dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Kepercayaan Perdana Menteri terhadap sektor pertanian dilahirkan dengan bajet besar sebanyak RM6 billion untuk dilaksanakan pada tahun 2015 sepeeti pembentangan bajet lepas. Menteri juga meminta agar petani, penternak dan nelayan serta usahawantani yang mengharapkan bajet besar ini menerima faedah terus dari pertuntukkan besr ini. Adalah menjadi peranan penting pegawai-pegawai dapat melaksanakannya dengan baik.

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(4 November 2014)