Monday, April 14, 2014

PERJUMPAAN KHAS DENGAN KETUA PENGARAH


SALAM PERPETA,

Satu Majlis Perjumpaan Khas dengan Ketua Pengarah Pertanian dan juga selaku Penasihat PERPETA telah diadakan pada 8 April 2014 di Hotel Premier Bangi-Putrajaya (Dulu dinamakan Hotel Equatorial). Majlis ini dihadiri oleh ramai ahli-ahli PERPETA daripada seluruh negara seramai lebih 400 orang. Kehadiran termasuk semua Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan Pengarah-pengarah IADA. Ini merupakan perjumpaan sempena persaraan Ketua Pengarah Pertanian Dato Mustafa Kamal bermula pada 15 April 2014. Dalam ucapannya, Penasihat PERPETA minta 3 perkara untuk semua pegawai pertanian memikirkannya. Pertama adalah untuk Jabatan Pertanian meningkatkan semangat kekitaan dan perpaduan agar jawatan ketua pengarah akan kekal dipegang oleh Skim Pegawai Pertanian. Ini kerana pihak lain berkemungkinan akan menjadi pemimpin dalam jabatan jika berlaku ketidaksefaman dikalangan pegawai pertanian. Kedua beliau minta agar imej jabatan dapat dipertingkatkan lagi dari kaca mata Kementerian dan Jabatan Agensi lain dengan perlaksanaan projek yang ada impak. Ketiga beliau mohon agar akan diujudkan 'Alumni Pegawai Pertanian' bagi pesara-perasa pegawai pertanian dapat berhubung dan memberikan kerjasama demi kemajuan jabatan.

Dalam ucapan tersebut beliau juga mengingatkan semua pegawai agar memberikan sokongan padu kepada sesiapa juga yang akan dilantik menjadi Ketua Pengarah Pertanian menggantikan beliau. Kepimpinan di Kementerian dan Jabatan perlu rapat demia menjadikan pembangunan pertanian dalam negara terutama dalam sektor pengeluaran bahan makanan primer akan terus stabil. Jabatan Pertanian yang diujudkan semanjak 1905 perlu terus relevan dinegara semenjak dulu dan masa akan datang dengan aktiviti yang semakin krtitkal. Beliau juga mengucapkan terimakaseh kepada kerajaan kerana Bahagian Pertanian Bandar yang baru diujudkan dan minta bahagian tersebut akan terus dilihat sebagai relevan. Dalam majlis tersebut PERPETA menyampaikan sumbangan cenderahati kenang-kenangan kepada penasihat PERPETA yang didampaikan oleh Presiden PERPETA dan juga cenderahati daripada semua bahagian, Pengarah Pertanian dan juga NGO yang lain.
Wasallam.

Disediakan oleh:
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.

Sunday, April 13, 2014

MESYUARAT AJK PERPERTA 2/2014

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Terakhir AJK PERPETA Sessi 2012/2014 telah diadakan pada 11 April 2014  untk membuat persiapan bagi Mesyuarat Agong PERPETA kali ke 13. Mesyuarat ini dihadiri hampir oleh kesemua AJK PERPETA termasuk semua Ex-Officio Negeri-negeri dan semua ketua-ketua biro kecuali Ketua Biro Sukan. Dalam Ucapan Aluan, Timbalan Presiden telah menyatakan ucapan terimakaseh kepada kehadiran semua AJK. Beliau memberitahu Presiden dan Timbalan Presiden PERPETA akan bersara dan perlukan kepimpinan AJK baru yang sesuai mengikut pemilihan oleh ahl-ahli semasa mesyuarat agong. Mesyuarat agong ini akan diadakan pada 5-7 Mei 2014 di The Summit, Petaling Jaya, Selangor sempena 'Wachana Intelektual Pertanian' yang akan diadakan. Laporan biro-biro dan penyata kewangan telah dibentangkan dan diterima. Banyak perbincangan adalah berkait dengan tajuk-tajuk kertas yang akan dibentangkan merangkumi aspek pengembangan dan profesionalisma pegawai pertanian dalam memacu pembangunan pertanian negara.

Mesyuarat disambung pada petang hari dimana Presiden PERPETA menyatakan mesyuarat kali ini perlu dijalankan dengan sempurna. Oleh itu beliau minta agar semua AJK dapat menyediakan laporan untuk dibentangkan dan menjawab segala usul-usul tahun lalu. Aktiviti PERPETA di peringkat Negeri perlu terus dipergiatkan dengan penglibatan semua lapisan ahli dimana peruntukkan daripada pusat sebanyak RM200 boleh disalurkan. Mesyuarat juga meluluskan sejumlah peruntukkan untuk perbelanjaan perjalanan Mesyuarat Agong kali ke 13 yang akan datang. PERPETA juga memohon pihak pengurusan agar wachana kali ini adalah 'exclusive' hanya untuk pegawai pertanian kerana ini merupakan perjumpaan terbesar kumpulan pegawai pertanian yang diadakan dalam masa 2 tahun sekali termasuk mereka yang berada dalam Jabatan Pertanian atau pegawai-pegawai kader diluar jabatan. Presiden PERPETA mengucapkan terimakasih kerana kerjasama rapat AJK semenjak 2 tahun lepas dalam menjalankan aktiviti PERPETA. Waallam!.

Oleh,
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(11 April 2014)

Friday, April 11, 2014

AKTA AGROLOGIST - KEMANA HALATUJU

SALAM PERPETA,

Setakat manakah agaknya status penyediaan Deraf Akta Agrologist setakat ini?. Sebenarnya akta tersebut adalah dalam peringkat semakan Deraf Akta Agrologist yang telah diterima oleh pihak undang-undang Kementerian Pertanian (PUU). Satu perbincangan yang di kendalikan oleh Bahagian PSM Jabatan Pertanian akan dibuat bagi melihat semula ulasan oleh PUU pada 9 April 2014 bagi tujuan memperbaiki akta tersebut.  Akta tersebut telah pun di lihat oleh Menteri Pertanian dan disokong untuk di majukan kepada pihak atasan bagi tujuan memertabatkan petugas dalam sektor pertanian sebagai sektor pekerjaan yang 'profesional'. Jika ia terjadi berkemungkinan dipersetujui kelak pegawai pertanian dan kumpulan yang setaraf dengannya akan menjadi profesional dengan gelaran 'Agr' agaknya. Bersama-samalah kita berdoa agar proses untuk menjadikan akta ini di proses akan dipermudahkan. Sekian.

Disediakan oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(7 JamadilAkhir 1435H) 

Tuesday, April 8, 2014

MESYUARAT MBJ BIL 1 TAHUN 2014

Salam PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2014 telah diadakan pada 28-30 Mac 2014 di Arwana Eco Resort, Pulau Perhentian, Besut , Terengganu. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP dan dihadiri oleh 4 Pengarah Bahagian (Wakil Pengurusan) serta Naib Pengerusi MBJ (PERPETA) dan semua AJK MBJ. Pengerusi mengucapkan terimakaseh kepada semua ahli MBJ yang terus aktif dalam memainkan peranan mereka dan berjaya mengadakan 4 kali mesyuarat sepanjang tahun 2013.  Antara perkara disentuh adalah proses tukarlantik Skim Pembantu Pertanian kepada Penolong Pegawai Pertanian, Proses KUP untuk Pegawai Pertanian dan penyusunan semula waran perjawatan Jabatan Pertanian. Mesyuarat ini merupakan kali terakhir Dato' Mustafa mempengerusikan mesyuarat MBJ sebelum bersara. Naib Pengerusi MBJ (PERPETA) dalam ucapan balas menyatakan tahniah kepada pihak pengurusan yang berjaya menyelesai banyak isu-isu perkhidmatan pegawai.

Mesyuarat membincangkan 13 usul yang dikemukakan iaitu daripada PERPETA (9 usul), Penolong Pegawai Pertanian (1 Usul), Pembantu Pertanian (2 usul ) dan Pembantu Pejabat (1 usul). Mesyuarat MBJ peringkat pekerja telah diadakan pada 25 Febuari 2014 di Aras 10, bahagian Hortikultur seperti keperluan dalam sistem. Pengarah-pengarah bahagian dan AJK Mesyuarat telah membuat lawatan di Projek Kelapa dan Lebah Kelulut di Kelantan, TKPM Tok Dor di Besut dan beberapa lokasi lawatan selepas Mesyuarat MBJ termasuk aktiviti melawat aktiviti kampong di pulau. 
Wasallam!.

Oleh,
Ketua Biro, 
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian
Putrajaya.

Monday, April 7, 2014

SELAMAT HARI LAHIR APRIL 2014

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan 'Selamat Hari Lahir" kepada mereka yang menyambutnya pada Bulan APRIL 2014. Seramai 69 ahli PERPETA akan menyambut hari lahir sepanjang bulan April ini. Nama teratas adalah Dato' Mustafa Kamal Baharudin iaitu Ketua Pengarah Pertanian akan akan menyambutnya pada 16 April 2014.  Selain itu adalah Pengarah  Pertanian Terengganu iaitu Hj Md Yusof Maidin yang juga seterusnya akan bersara.  Nama yang ke 69 disenaraikan adalah Siti Farah Halim. Semuga mereka beroleh kebahagiaan sempena ulangtahun ini.

               Nama                              Lokasi
1
Mustafa Kamal b. Baharuddin 
Putrajaya
2
Md. Yusof b. Maidin
Kuala Terengganu
3
Abdullah Taher bin Abd Aziz
Sendayan
4
Wan Ahmad b. Wan Abas
Bachok
5
Mohd. Razi b. Md. Noor
Kuala Muda
6
Nilawati bt. Pilus
Bukit Temiang
7
Aeshah bt. Hj. Ismail
Putrajaya
8
As'ari  b. Hassan  
Putrajaya
9
Wong Wan Cheng
Kuala Lumpur
10
Adam bin Ali
Melaka
11
Ahmad Munir b. Hj. Yusof
Teluk Chengai
12
Salim b. Hassan
Seremban
13
Khairuddin b. Ahmad
Pekan
14
Mohamed Redza b. Baba 
Putrajaya
15
Asmail b. Dollah
Pusat Pert. Moden
16
Salahuddin b. Che Ayub
Lundang
17
Ngizailah bt. Zakaria
Putrajaya
18
Roslee bin Abdul Ghani
Seberang Jaya
19
Abdullah Shuhaimi b. Abdul Malek      
Rompin
20
Shafee bin Wahab
Besut
21
Medan Anak Insol
Putrajaya
22
Hafizah bt. Mohd  
Kuala Lumpur
23
Asnita bt. Abu Harirah
Putrajaya
24
Nur Hafizah bt. Sharudin
Manjung
25
Mohd Nazly b. Mohd Rejal
Kuala Lumpur
26
Md Faisal b. Hassan
Lundang
27
Norhisham b. Yacob
Kuantan
28
Nor Hafizah bt. Abd. Rahman
Pendang
29
Farhana Hafizah binti  Hamdan Mustafa
Johor Bahru
30
Mohd Rasydan b. Mohd Yusop
IP. Ayer Hitam
31
Hartini binti  Yusuf
Putrajaya
32
Nooreehan binti Baharudin
Putrajaya
33
Mohammad Nazrul Fahmi b. Abd Rahim
34
Sabariah bt. Kamis
Kuala Lumpur
35
Dzuhairzah binti Sulaiman
Putrajaya
36
Juliana bt. Bokhari           
Shah Alam
37
Mohd Hafiz bin Mohamad Haris
Serdang
38
Hafizuddin b. Othman   
Bumbong Lima
39
Raja Aqma Baizura bt. Raja Taihairan
Putrajaya
40
Meninggal dunia (Effindi Saniran)
41
Ikhwan Harris bin Ramli
Kuala Lumpur
42
Thilagi a/p Batumalai
Kuala Selangor
43
Muhammad Daniel Yee b. Abdullah
Kuala Lumpur
44
Nurulfaizah bt. Resely
Putrajaya
45
Mahfuzah bt. Tarmudi
ILPP Serdang
46
Tan Poh Yong - (KWSP)
Putrajaya
47
Rasheed bin Abdul Rahman
Kalaka Saribas
48
Norhaina binti Abd. Ghani
Putrajaya
49
Mohd Azwadi b. Abd Wahid
Serdang
50
Sariah binti Mohd Aris
Putrajaya
51
Mohd. Hafiz b. Ramly
Putrajaya
52
Gan Hwee Yiam
Kuala Lumpur
53
Wan Nur Amalina binti Wan Mohamed
Besut
54
Mohd Ezwan Syah bin Rasidin
Tanjung Karang
55
Nur Aizat bt. Abdul Razak
Serdang
56
Mohd Hafizul bin Husin
Putrajaya
57
Hussain bin Tahir
Putrajaya
58
Mohd Hafizh bin Hussain
Johor Bahru
59
Bernard Anak Maringgal
Ayer Hitam
60
Asrof bin Roffii
Seremban
61
Hoo Yip Soon
Serdang
62
Nurhafizah binti Mustapha
Besut
63
Mohd Farzli bin Zainol
K. Terengganu
64
Sabihah Izzati binti Ahmad Badri
Bumbong Lima
65
Nur Syuhada binti Mohd Noor
Pasir Putih
66
Noor Hamizah binti Kamaludin
Putrajaya
67
Mohd Auzaie bin Komarudin
Melaka
68
Mohd Lukman Nurhafiz bin Mohd Yusof
Pahang
69
Mohd Syafiq b. Suid
Putrajaya
70
Siti Farah binti Halim
Putrajaya

PERPETA mengharapkan terbaik daripada anda semua.
Kepada mereka semua 'SELAMAT HARI LAHIR".

Daripada,
Ketua Biro dan AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 April 2014)