Sunday, July 13, 2014

KUTIPAN DERMA GAZA

Salam PERPETA,

PERPETA telah melancarkan  kutipan sumbangan derma untuk Tabung Gaza Palestine dengan surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada Ex-Officio di Bahagian-bahagian dan Negeri-negeri pada 30 Jun 2014. Sehingga Majlis IFTAR Ramadan pada  petang 4 Julai 2014, sebanyak RM 1,450 telah dikumpulkan dan diserahkan kepada perwakilan Palestine iaitu Hj Azmi oleh Penasihat PERPATA iaitu Dato' Ahmad Zakaria Sideh diiringi oleh presiden PERPETA. Jumlah ini hanya daripada 6 bahagian sahaja yang sempat menyerahkan kepada Bendahari dan Penolong Bendahari PERPETA. Kutipan yang seterusnya akan di hantar terus kepada akaun Tabung Gaza apabila kutipan selesai kelak. PERPETA mengucapkan terimakasih kepada semua AJK, Ex-Officio apalagi kepada penderma yang budiman dengan usaha yang dilakukan ini. Selamat menderma untuk Tabung Kemanusiaan Gaza!

PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.

No comments:

Post a Comment