Monday, April 1, 2013

KENAIKAN PANGKAT

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Ahmad Zakaria bin Mohd Sidek yang telah dilantik kepada Jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Opersai) Jabatan Pertanian Malaysia mulai 1 Mac 2013. Beliau kini telah berada di tingkat 17 untuk menjalankan tugas tersebut. Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur. Beliau juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Beliau yang di lahirkan di Pulau Pinang pada 1 Januari 1958 merupakan Graduan Bsc. (Agric) daripada Universiti Pertanian Malaysia di Serdang yang mula bertugas dengan Jabatan Pertanian mulai tahun 1981. Melanjutkan pengajian di USA pada tahun 1997 dan lulus M. Sc Agric Economic pernah bertugas dibanyak Bahagian di Jabatan Pertanian. PERPETA dan warga Jabatan Pertanian ingin  mengucapkan selamat bertugas dengan cemerlang kepada beliau demi kejayaan Jabatan Pertanian didalam mencapai objektifnya.
WASALLAM.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia
(2 JamadilAwal 1434H)


No comments:

Post a Comment