Thursday, April 25, 2013

KATEGORI KEAHLIAN PERPETA

Salam PERPETA,

PEEPETA mempunyai 4 kategori keahlian seperti yang termaktub didalam Undang-undang yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Seksyen 11). Keahlian tersebut adalah Ahli Biasa, Ahli Seumur Hidup, Ahli Bersekutu dan juga Ahli Kehormat. 

1. Ahli Biasa
Setiap Pegawai Pertanian dibawah Skim Perkhidmatan Pegawai Pertanian yang bertugas, ditempatkan atau dipinjamkan oleh Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia adalah layak menjadi ahli biasa persatuan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan. Ahli biasa berhak mengundi, diundi, menyuarakan pendapat didalam Mesyuarat Agong dan hak mendapat segala kemudahan yang tersebut didalam undang-undang.

2. Ahli Seumur Hidup
Ahli Biasa layak memohon menjadi Ahli Seumur Hidup tertakluk kepada syarat menjelaskan yuran seperti yang ditetapkan dan tertakluk pada fasal 5.1(a) selagi masih berkhidmat didalam Skim Perkhidmatan Pegawai Pertanian dan membayar yuran sekali gus. Ahli seumur hidup mempunyai hak yang sama dengan Ahli Biasa.

3. Ahli Bersekutu
Bekas Ahli yang pernah berkhidmat didalam Perkhidmatan Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian tertakluk pada Fasal 5.1(a) adalah layak menjadi Ahli Bersekutu tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pengurusan. Ahli Bersekutu boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti persatuan tetapi tidak boleh mengundi, melantik dan dilantik memegang jawatan dalam persatuan.

4. Ahli Kehormat
Mesyuarat Agong boleh memutuskan dengan suara terbanyak untuk menganugerahkan taraf Ahli Kehormat kepada mana-mana perseorangan yang pada pendapat mesyuarat telah berjasa atau telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada perkhidmatan Pegawai Pertanian. Ahli Kehormat berhak menerima segala kemudahan Persatuan tetapi tidak berhak mengundi , melantik dan dilantik memegang mana-mana jawatan didalam Persatuan. 


Barisan ahli-ahli biasa PERPETA pada Mesyuarat
Agong Tahunan PERPETA Tahun 2013

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian Malaysia
Putrajaya
(30 JamadilAwal 2013)

No comments:

Post a Comment