Wednesday, April 17, 2013

Terimakaseh PPN Pahang

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan banyak terimakaseh kepada Pengarah Pertanian Negeri Pahang dan semua pegawainya yang telah memberikan kerjasama dan komitment sangat Cemerlang semasa Wacana Intelektual Transformasi Pertanian 2013 dan juga Mesyuarat Agong PERPETA kali ke 12 yang diadakan di BGRC, Gambang, Kuantan, Pahang. Ini kerana kehadiran Menteri Besar Pahang didalam Majlis Makan Malam bersama semua ahli-ahli PERPETA amat menyerikan majlis tersebut dan semua ahli PERPETA amat teruja dengan majlis tersebut. Maljis tersebut juga telah mengeratkan silatulrahim diantara ahli-alhi PERPETA yang lama dan baru dalam majlis yang amat gemilang dengan pihak atasan Jabatan Pertanian.



PERPETA juga amat bangga dengan Jabatan Pertanian Pahang yang telah menyediakan hidangan buah-buahan tempatan di lobby hotel ketika proses pendaftaran peserta. Buah-buahan yang dihidangkan seperti Buah Nangka Varieti Tekam Yellow, Buah Salak, Limau Manis, Jambu Air, Pisang dan sebagainya mendapat pujian dan sambutan amat baik dari peserta yang baru tiba. Ini merupakan satu kehebatan Negeri Pahang yang merupakan negeri yang mempunyai paling banyak Projek TKPM di Malaysia. Tahniah dan Syabas!


Peserta menikmati buah-buahan tempatan


Buah nangka varieti tekan Yellow dari TKPM.


Buah Salak - Ramai tanya varieti apa? Kena jawab


Jambu air yang manis dan segar dari ladang


Limau Manis (Kulit Hijau dari Ladang)


Pisang pun menjadi kegemaran ramai peserta.

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Putrajaya,
Malaysia. 

No comments:

Post a Comment