Thursday, March 28, 2013

MESYUARAT KHAS AJK PERSIAPAN

Salam PERPETA,

Satu mesyuarat khas bagi membincang persediaan untuk Mesyuarat Agong PERPETA Bil 13/2013 telah diadakan pada 25 March 2013 di Bilik Mesyuarat Aras 7, Jabatan Pertanian Putrajaya. Mesyuarat di pengerusikan oleh Timbalan Presiden PERPETA iaitu YH Dato Wan Darman dengan beberapa AJK yang dilantik untuk perlaksanaan dan persiapan laporan Mesyuarat Agong PERPETA kali ke 13 yang akan diadakan di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang. Pengerusi mengharapkan semaksima mungkin penyertaan ahli-ahli PERPETA daripada semua Bahagian, Negeri-negeri serta pegawai pertanian Kader di Jabatan/ Agensi lain luar Jabatan Pertanian. Penyertaan seramai diantara 400 - 500 orang dijangka akan hadir bergantung kepada komitment pihak pengurusan Jabatan dan ahli sendiri. Semua peserta diminta mendaftarkan nama kepada Bahagian PSM sebagai penyelaras pendaftaran dan juga melalui ex-officio pusat atau negeri masing-masing.


Diantara rekreasi di resort... taman Tema Air/ Night Safari
Mesyuarat telah menerima laporan status persiapan daripada semua Jkuasa termasuk status Laporan Kewangan, Laporan Semua Biro-biro dan juga wakil daripada Bahagian PSM mengenai persiapan keseluruhan. Jawatankuasa juga telah menerima kelulusan kewangan daripada Mesyuarat JK Induk PERPETA untuk dibelanjakan dalam Mesyuarat Agong Kali ini. Selain daripada beberapa cenderahati khas daripada PERPETA, mungkin akan ada hadiah dari cabutan bertuah akan diadakan semasa mesyuarat agong termasuk hadiah utama sebuah TV LCD dan beberapa barangan elektronik yang lain sumbangan PERPETA dan Negeri serta bahagian. Difahamkan ahli-ahli juga mungkin akan diberikan kad keahlian baru serta kad diskaun semasa pendaftaran tertakluk kepada kesesuaian. Jawatankuasa berharap semua ahli PERPETA dapat hadir untuk mesyuarat agong kali ini  (Tidak ada pemilihan Jkuasa baru) akan mendapatkan ilmu pengetahuan daripada pembentangan kertas maklumat, beramah mesra dan jika mereka berkesempatan dapat juga beriadah dengan kemudahan yang disediakan di resort tersebut. 
SELAMAT BERJUMPA DISANA...DISANA ....DISANA.....

By,
Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya   

No comments:

Post a Comment