Tuesday, April 9, 2013

MESYUARAT AGONG PERPETA KE 12

Salam PERPETA,

Mesyuarat Agong PERPETA Kali ke 12 telah berjaya diadakan pada 9 April 2013 di Dewan Ballroom 2, Arabian Bay Resort, Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Seramai 400 orang ahli PERPETA telah hadir dalam mesyuarat tersebut dengan penyertaan seramai 35 orang ahli baru yang telah mendaftar. Mesyuarat bermula jam 4.30 petang dan tamat pada 6.30 petang dimulakan dengan ucapan Presiden PERPETA dimana beliau banyak menyentuh mengenai dasar dan kejayaan yang dicapai oleh PERPETA. Seterusnya Naib Presiden telah menyampaikan taklimat mengenai Sambutan UlangTahun Penubuhan PERPETA (1992-2012) kepada semua ahli PERPETA dengan menerangkan perjuangan PERPETA semenjak 20 tahun dahulu. Banyak sumbangan yang telah PERPETA lakukan demia menambah baik Skim Perkhidmatan Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian sehingga kini. Kerjasama yang erat perlu dijalin diantara kepimpinan PERPETA dengan penghurusan Jabatan Pertanian untuk membincangkan kebajikan ahli-ahli PERPETA. Sempena ulangtahun ke 20 ini, Naib Presiden memohon agar perjuangan PERPETA diteruskan kepada genarasi X dan Z kerana perjuangan oleh AJK lama telah banyak kejayaan dicapai.

Setiausaha PERPETA seterusnya membentangkan aktiviti yang telah di jalankan sepanjang tahun 2012 mengikut 5 biro-biro yang telah di bentuk. Antara yang dibentangkan adalah senarai AJK dan Ex-Officio di Bahagian, Negeri-negeri serta Pegawai Pertanian Kader. Seterusnya dibentangkan bagaimana PERPETA terlibat didalam penyediaan kertas untuk penambahbaikann skim perjawatan Pegawai Pertanian dari Gred G41-G54 yang telah dihantar kepada JPA pada 12 September 2012 untuk pertimbangan. Penubuhan Akta Agrologis juga melibat beberapa ahli PERPETA dan kini draf akta tersebut dalam peringkat semakkan untuk dihantar ke MOA. PERPETA juga bergerak aktif didalam program Wacana Intelektual Transformasi Pertanian sempena Mesyuarat Agong yang akan diadakan bersama Bahagian OSM dan Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Aktiviti Kebajikan, Sukan dan Ekonomi juga dibentangkan sebelum Setiausaha membentankan banyak cadangan dan perancangan aktiviti untuk tahun 2013.

Minit Mesyuarat dan Laporan Kewangan telah diterima dan diluluskan dalam mesyuarat tersebut. Mengakhiri aktiviti mesyuarat aagong, cabutan bertuah telah dibuat dengn hadiah-hadiah sumbangan PERPETA kepada semua ahli-ahli mesyuarat yang hadir. Semuga berjumpa lagi kepada mesyuarat agong pada tahun hadapan!
Wasallam. 

By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Arabian Bay Resort,
Bukit Gambang Resort City,
Kuantan, Pahang,
Malaysia
(9 April 2013)

No comments:

Post a Comment