Monday, June 29, 2015

BENGKEL RE-OG JABATAN

Salam PERPETA,

Bengkel mengemaskini cadangan Penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Pertanian (Re-Og) diadalan di hotel City Bayview, Pulau Pinang daripada 26 - 29 Jun 2015. Ia melibatkan semua Bahagian-bahagian dan PPN serta wakil daripada PERPETA, Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan beberapa ahli MBJ yang lain. Cadangan penyediaan ini perlu dihantar kepada pihak atasan sebelum Julaii 2015 untuk dibuat pemeriksaan dan semakan. Walau pun terdapat banyak perubahan mengenai penyesesuaian perjawatan dan kaedah pengoperasian kerja, ia dilakukan selaras dengan dasar kerajaan yang digariskan oleh JPA. PERPETA berharap cadangan Re-Og ini akan memberikan struktur organisasi yang mantap sesuai dengan keadaan semasa perkembangan dan aplikasi canggih ICT serta lebih cekap.  Wasallam!.

Mendengar pembentangan cadangan Re-Og yang disediakan.

Oleh,
AJK PERPETA,
Hotel City Bayview,
Pulau Pinang,
(29 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment