Thursday, July 2, 2015

IFTAR RAMADAN 2015

SALAM PERPETA,

Majlis Iftar Ramadan 2015 Jabatan Pertanian telah diadakan di Dewan IPS Serdang, Selangor pada 2 Julai 2015 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pertanian. Maljis ini yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertanian, TKPP(P), Pengarah- pengarah Bahagian, Ahli PERPETA, Pegawai Pertanian Daerah, Pegawai Jabatan Pertanian dan pelajar IPS merupakan acara tahunan Jabatan Pertanian. Majlis tahunan ini dikelolakan oleh Bahagian PSM dengan kerjasama PERPETA dan AKRAB. Kutipan derma dilancarkan oleh PERPETA untuk mengutip derma daripada wargakerja Jabatan Pertanian beberapa minggu sebelum diadakan majlis ini, Sebanyak RM3,000 lebih telah diterima untuk didermakan dalam majlis ini. 

Aturcara Majlis  dimulakan dengan ketibaan jemputan, ceramah, penyampaian sumbangan derma daripada PERPETA dari warga Jabatan Pertanian. Penceramah Jemputan adalah Ustaz Mohd Zamri Mohd Shapik daripada Institut Latihan Islam Malaysia, JAKIM Bangi. Penceramah menerangkan TAKWA dalam bulan Ramadan yang dikaitkan dengan sektor pertanian selama 1.5 jam (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya adalah penyampaian derma kepada Tabung Masjid Serdang dan Tabung Kebajikan Pelarian Rohingya yang disampaikan oleh TKPP(P). Selepas azan Maghrib diadakan  acara berbuka puasa dan kemudian sembahyang Maghrib seecara Berjemaah dan diikuti dengan jamuan Majlis Makan Malam. Seramai lebih dari 400 jemputan hadir majlis ini. Majlis ini amat berjaya mengeratkan hubungan diantara semua lapisan warga Jabatan Pertanian dengan pihak pengurusan dan pelajar-pelajar IPS. PERPETA mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua warga Jabatan Pertanian yang menghulurkan derma anjuran PERPETA semuga mendapat ganjaran jua. Wasallam.



Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(2 Julai 2015)

No comments:

Post a Comment