Monday, June 22, 2015

PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2015

Salam PERPETA,

Perhimpunan Bulanan Jun 2015 telah di adapan di Bilik Banquet, Aras 16, Jabatan Pertanian Putrajaya pada 15 Jun 2015. Perhimpunan ini melibatkan semua Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan pegawai-pegawai dari semua gred di Putrajaya dan Serdang. Acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negara Ku , Lagu Jabatan Pertanian dan bacaan doa. Ketua Pengarah Pertanian dalam amanatnya minta semua pegawai terus menjalankan tugas dengan penoh komitment dalam keseibukan tugasan semasa. Beliau memberitahu selepas lawatan ke Dataran Tinggi Bario mengenai perlaksanaan Projek Padi Organik Beras Bario oleh Syarikat Ceria, langkah seterusnya perlu diambil bersama dengan Jabatan Pertanian Sarawak. Lawatan beliau bersama 10 pegawai Jabatan Pertanian sempena dengan Taklimat Pertanian Organik dengan penduduk tempatan. Seterusnya beliau beritahu bahawa Mesyuarat 'Retreat Jabatan' akan diadakan di Pulau Pinang untuk membincangkan persediaan RMK 11 dan cadangan Re-Og Jabatan Pertanian. Cadangan Re-Og ini melibatkan dimana semua PPN adalah Gred Jusa C (Negeri Besar) dan G54 bagi negeri lain. Sama-samalah berdoa agar penstrukturan semula Jabatan Pertanian akan berjaya memberikan persekitaran kerja yang lebih dinamik dimasa akan datang. Wasallam!.

Oleh,
AJK PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(17 Jun 2015)

No comments:

Post a Comment