Thursday, June 18, 2015

MESYUARAT MBJ BIL 2/2015

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Bilangan 2/2015 Jabatan Pertanian akan diadakan pada 16 Mei 2015 di Aras 16, Jabatan Pertanian ,Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian dengan dihadiri oleh tujuh Pengarah Bahagian sebagai Wakil Majikan dan beberapa pegawai daripada persatuan dan kesatuan bagi pihak pekerja. Persatuan Pegawai Pertanian atau PERPETA akan diwakilkan oleh Presiden (Juga sebagai Naib Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian) bersama Setiausaha Kehormat sebagai wakli dilantik. Perwakilan lain adalah dari Kersatuan Penolong Pegawai Pertanian (KPPPJPSM), Kesatuan Pekerja Jab Pertanian selangor (KPJPNS), Wakil Pekerja dalam khidmat Gunasama, Wakil Kumpulan Sains, Wakil JK Pemandu Kenderaan Bermotor Jabatan Pertanian dan Wakil Persatuan Pembantu Am (PAP) Ibupejabat. KPP dalam ucapan aluan minta semua NGO mematuhi peraturan mesyuarat MBJ dengan tidak menyentuh polisi dan dasar. Beliau maklumkan terpaksa mengambil masa lama untuk memproses pengisian kenaikan pangkat disemua peringkat. Ianya akan diselesaikan sebelum akhir Jun dimana ia telah dihantar kepihak berkaitan. Naib Pengerusi pula minta agar proses pengisian jawatan kosong disegerakan agar ia tidak menimbulkan masaalah.

Antara beberapa perkara yang berbangkit adalah isu percantuman antara Persatuan AAO dangan Kesatuan JP yang kini telah menjadi satu skim yang sama. Kumpulan ini perlu diwakili oleh hanya SATU sahaja kumpulan. Bagaimana pun dimaklumkan Kesatuan Pembantu Pertanian Semenanjung Malaysia telah didaftarkan semua menjadi Kesatuan Penolong Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia dimana ia boleh dianggotai  oleh semua dalam kumpulan G tersebut diluluskan pendaftar pada 2 Jun 2015. Mesyuarat menyatakan ia tidak layak duduk dalam MBJ Jabatan Pertanian kerana telah diwakili oleh Persatuan Penolong Pegawai Pertanian Jabatan Pertanian. Mesyuarat akan datang akan diadakan diluar Putrajaya.

Dari,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.
(17 Jun 2015) 

No comments:

Post a Comment