Friday, September 26, 2014

SELAMATBERSARA - DATO SABTU

Salam PERPETA,

Timbalan Ketua Pengarah Pertanian Pembangunan (TKPPP) YH Dato' Sabtu Slamat telah bersara wajib mulai 26 September 2014 melalui satu majlis ringkas yang diadakan di Aras 17, Jabatan Pertanian, Putrajaya. Beliau yang juga merupakan bekas Presiden PERPETA paling lama iaitu selama 6 penggal (2008 -2014) telah 'Punch Out' kad perakam waktu jam 5.15 petang disaksikan oleh Ketua Pengarah Pertanian, Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri, Presiden dan AJK PERPETA serta ramai warga Jabatan. Beliau yang diiringi oleh isterinya berjalan keluar ke tingkat lobby dimana ramai pegawai Jabatan Pertanian berbaris mengucapkan selamat bersara wajib kepada beliau.

Dalam ucapan awal oleh Ketua Pengarah Pertanian menyatakan, Jabatan Pertanian berbangga dengan khidmat cemerlang yang diberikan oleh Dato Sabtu selama bertugas lebih daripada 36 tahun dengan Jabatan Pertanian Malaysia. KPP juga mohon agar beliau akan terus sihat dan ceria setelah bersara dan jabatan akan sentiasa mengingati jasa beliau. Dato Sabtu pula dalam ucapan balas mengucapkan terimakasih kepada Jabatan Pertanian yang mana beliau berkhidmat lebih separuh dari hayatnya. Antara pesanan beliau adalah agar pegawai pertanian terus jurjur dan komited dalam menjalankan tugas dan terima apa juga masaalah yang dihadapi dengan sabar. Beliau menceritakan pengalaman semasa mula bekerja di jabatan sehingga mencapai tahap tinggi dalam jabatan. Antara perkara yang beliau ingatkan adalah agar ramai pegawai suka bersukan untuk menjaga kesihatan, sentiasa membawa duit poket (incase kena bayar tol menteri dan belanja makan lain2 rombongan), jangan suka marah orang, suka berkawan dan sebagainya.

Kek Hari Jadi ke 60 yang disediakan oleh penganjur dipotong dengan iringan doa dari semua hadirin semuga persaraan beliau diingati. KPP juga menyampaikan surat penghargaan daripada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga cenderamata daripada Jabatan Pertanian. PERPETA telah memberikan cenderamata sebagai ingatan kepada bekas presiden ini dalam satu majlis lain sebelum ini bersama AJK PERPETA. Kami warga Jabatan Pertanian dan Ahli PERPETA mengucapkan selamat bersara kepada YH Dato Sabtu. Sayonara!...

DATO' SABTU...ORANGNYA CERIA...
LAMA..JADI PRESIDEN PERPETA...
MASUK A19...PENCEN DAPAT JUSA...
MEMANG HEBAT...AMAT BERJASA...

By,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(26 September 2014)

No comments:

Post a Comment