Sunday, September 28, 2014

PENGAMBILAN AO BARU 2014

Salam PERPETA,

Seramai 25 orang Pegawai Pertanian Baru telah menghadiri Kursus Orientasi dari 22 - 26 September 2014 di Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang, Selangor. Mereka adalah sebahagian proses pengambilan biasa bagi mengisi kekogongan jawatan Pegawai Pertanian Gred G41 di Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.  Kursus seminggu ini mendedahkan mereka kepada semua aspek mengenai organisasi, tugas dan tanggung jawab sebagai seorang pegawai pertanian. Dari segi jantina, 14 orang AO baru ini adalah perempuan dan 11 orang adalah lelaki. Mereka menerima surat penempatan pada hari akhir iaitu 27 September dan akan menjalani latihan 'attachment' dibeberapa bahagian dan negeri selama 3 minggu. 


Malam terakhir kursus telah diadakan Majlis Perjumpaan peserta kursus dengan Ketua Pengarah Pertanian dan semua Pengarah-pengarah Bahagian. Dalam ucapan KPP, beliau minta supaya semua pegawaii pertanian baru ini patut bersyukur kerana daripada 2,000 orang yang memohon, hanya 700 orang sahaja yang dipanggil temuduga dan 25 orang sahaja yang berjaya. Ini bermakna ia merupakan calon pegawai pertanian terpilih yang dijangka mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara. KPP juga memberikan pesanan agar mereka komited dengan kerja, menjadi profesional, mengikut peraturan dan bekerja kuat untuk pembangunan pertanian di Malaysia. 


Pada hari akhir 26 September 2014, Presiden PERPETA telah diberi peluang memberikan penerangan mengenai persatuan yang melibatkan semua pegawai Pertanian. Ceramah selama 45 minit memberikan PERPETA, Peranan, Keahlian, Organisasi, Aktiviti dan seterusnga minta mereka mendaftar sebagai ahli. Bendahari Kehormat hadir sama dalam takliimat ini dan seterusnya menerima borang pendaftaran dan beberapa bayaran yuran masuk. Dengan kemasukan mereka sebagai ahli PERPETA maka genaplah seramai hapir 798 orang pegawai pertanian bergabung dalam PERPETA. Semua PERPETA akan terus kukuh dalam memperjuangkan skim pegawai pertanian. Kani warga Jabatan Pertanian mengucapkan selamat bertugas dengan Jabatan Pertanian kepada 25 Pegawai Pertanian Baru ini . Semuga sukses selalu!



BULAT AIR KERANA PEMBENTONG
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
SEMUA AO MESTI BERGABONG
AGAR BERJAYA NAIK PANGKAT

By,
Presiden PERPETA
ILPP, Serdang,
Selangor,
Malaysia.
(26 September 2014)

No comments:

Post a Comment