Thursday, September 11, 2014

CEK DERMA TABUNG GAZA 2014

SALAM PERPETA,

Majlis penyampaian cek DERMA TABUNG KEMANUSIAAN GAZA telah diadakan pada 12 September 2014 bertempat di Bilik Bunga Raya, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Putrajaya. Cek bernilai RM7,000 telah disampaikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kedah kepada Presiden PERPETA dengan disaksikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri serta Ubit Intergriti Putrajaya dan Ketua Unit Intergriti Jabatan Pertanian Malaysia sempena Taklimat penubuhan Unit JITU Jabatan Pertanian. Sumbangan tersebut merupakan sumbangan terbesar yang dikutip AJK PERPETA Negeri Kedah sempena Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian Malaysia yang diadakan di UUM , Sintok Kedah.

PERPETA akan menyerahkan semua sembangan tersebut kepada Tabung Gaza sebagai tambahan sumbangan pertama yang disampaikan sempena Iftar Ramadan pada bulan Julai 2014 sebanyak RM 3,500.00 sebelum ini. Beberapa sumbangan yang baru diterima daripada perwakilan dan AJK Bahagian dan Negeri PERPETA juga sedang dikumpulkan untuk penyerahan. PERPETA mengucapkan jutaan terimakasih kepada SEMUA warga Jabatan Pertanian yang memberikan sumbangan tersebut yang dikelolakan oleh PERPETA. Sesungguhnya sumbangan anda sangat bermakna dan amat dihargai!.

Sekian. Terimakaseh.
Salam dari Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
Malaysia.

No comments:

Post a Comment