Sunday, September 14, 2014

KEMPEN DERMA DARAH

Salam PERPETA,

Kempen derma darah sempena Seminar Kecergasan Jabatan Pertanian di UUM, Sintok, Kedah telah berjaya mengumpulkan ramai pegawai Jabatan Pertanian termasuk ahli-ahli PERPETA untuk menderma darah. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis telah berterimakaseh dengan memberikan SIJIL PENGHARGAAN kepada Ketua Pengarah Pertanian Malaysia selaku penaung PERPETA kerana sumbangan derma darah tersebut. Sijil Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pertanian Negeri Kedah (En Ismail) kepada Ketua Pengarah Pertanian pada 12 September 2014 di Bilik Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian, Putrajaya (Gambar diatas) disaksikan oleh Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari dengan semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Pertanian Negeri. Derma darah merupakan satu aktiviti  yang mulia dan PERPETA amat berbangga dengan semua ahli-ahlinya yang memberikan darah sempena kempen tersebut. Wasllam.

Oleh,
AJK PERPETA
Jabatan Pertanian,
Putrajaya
Malaysia
(12 September 2014)

No comments:

Post a Comment