Monday, April 14, 2014

PERJUMPAAN KHAS DENGAN KETUA PENGARAH


SALAM PERPETA,

Satu Majlis Perjumpaan Khas dengan Ketua Pengarah Pertanian dan juga selaku Penasihat PERPETA telah diadakan pada 8 April 2014 di Hotel Premier Bangi-Putrajaya (Dulu dinamakan Hotel Equatorial). Majlis ini dihadiri oleh ramai ahli-ahli PERPETA daripada seluruh negara seramai lebih 400 orang. Kehadiran termasuk semua Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Pertanian Negeri dan Pengarah-pengarah IADA. Ini merupakan perjumpaan sempena persaraan Ketua Pengarah Pertanian Dato Mustafa Kamal bermula pada 15 April 2014. Dalam ucapannya, Penasihat PERPETA minta 3 perkara untuk semua pegawai pertanian memikirkannya. Pertama adalah untuk Jabatan Pertanian meningkatkan semangat kekitaan dan perpaduan agar jawatan ketua pengarah akan kekal dipegang oleh Skim Pegawai Pertanian. Ini kerana pihak lain berkemungkinan akan menjadi pemimpin dalam jabatan jika berlaku ketidaksefaman dikalangan pegawai pertanian. Kedua beliau minta agar imej jabatan dapat dipertingkatkan lagi dari kaca mata Kementerian dan Jabatan Agensi lain dengan perlaksanaan projek yang ada impak. Ketiga beliau mohon agar akan diujudkan 'Alumni Pegawai Pertanian' bagi pesara-perasa pegawai pertanian dapat berhubung dan memberikan kerjasama demi kemajuan jabatan.

Dalam ucapan tersebut beliau juga mengingatkan semua pegawai agar memberikan sokongan padu kepada sesiapa juga yang akan dilantik menjadi Ketua Pengarah Pertanian menggantikan beliau. Kepimpinan di Kementerian dan Jabatan perlu rapat demia menjadikan pembangunan pertanian dalam negara terutama dalam sektor pengeluaran bahan makanan primer akan terus stabil. Jabatan Pertanian yang diujudkan semanjak 1905 perlu terus relevan dinegara semenjak dulu dan masa akan datang dengan aktiviti yang semakin krtitkal. Beliau juga mengucapkan terimakaseh kepada kerajaan kerana Bahagian Pertanian Bandar yang baru diujudkan dan minta bahagian tersebut akan terus dilihat sebagai relevan. Dalam majlis tersebut PERPETA menyampaikan sumbangan cenderahati kenang-kenangan kepada penasihat PERPETA yang didampaikan oleh Presiden PERPETA dan juga cenderahati daripada semua bahagian, Pengarah Pertanian dan juga NGO yang lain.
Wasallam.

Disediakan oleh:
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment