Tuesday, April 8, 2014

MESYUARAT MBJ BIL 1 TAHUN 2014

Salam PERPETA,

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2014 telah diadakan pada 28-30 Mac 2014 di Arwana Eco Resort, Pulau Perhentian, Besut , Terengganu. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPP dan dihadiri oleh 4 Pengarah Bahagian (Wakil Pengurusan) serta Naib Pengerusi MBJ (PERPETA) dan semua AJK MBJ. Pengerusi mengucapkan terimakaseh kepada semua ahli MBJ yang terus aktif dalam memainkan peranan mereka dan berjaya mengadakan 4 kali mesyuarat sepanjang tahun 2013.  Antara perkara disentuh adalah proses tukarlantik Skim Pembantu Pertanian kepada Penolong Pegawai Pertanian, Proses KUP untuk Pegawai Pertanian dan penyusunan semula waran perjawatan Jabatan Pertanian. Mesyuarat ini merupakan kali terakhir Dato' Mustafa mempengerusikan mesyuarat MBJ sebelum bersara. Naib Pengerusi MBJ (PERPETA) dalam ucapan balas menyatakan tahniah kepada pihak pengurusan yang berjaya menyelesai banyak isu-isu perkhidmatan pegawai.

Mesyuarat membincangkan 13 usul yang dikemukakan iaitu daripada PERPETA (9 usul), Penolong Pegawai Pertanian (1 Usul), Pembantu Pertanian (2 usul ) dan Pembantu Pejabat (1 usul). Mesyuarat MBJ peringkat pekerja telah diadakan pada 25 Febuari 2014 di Aras 10, bahagian Hortikultur seperti keperluan dalam sistem. Pengarah-pengarah bahagian dan AJK Mesyuarat telah membuat lawatan di Projek Kelapa dan Lebah Kelulut di Kelantan, TKPM Tok Dor di Besut dan beberapa lokasi lawatan selepas Mesyuarat MBJ termasuk aktiviti melawat aktiviti kampong di pulau. 
Wasallam!.

Oleh,
Ketua Biro, 
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment