Sunday, April 13, 2014

MESYUARAT AJK PERPERTA 2/2014

SALAM PERPETA,

Mesyuarat Terakhir AJK PERPETA Sessi 2012/2014 telah diadakan pada 11 April 2014  untk membuat persiapan bagi Mesyuarat Agong PERPETA kali ke 13. Mesyuarat ini dihadiri hampir oleh kesemua AJK PERPETA termasuk semua Ex-Officio Negeri-negeri dan semua ketua-ketua biro kecuali Ketua Biro Sukan. Dalam Ucapan Aluan, Timbalan Presiden telah menyatakan ucapan terimakaseh kepada kehadiran semua AJK. Beliau memberitahu Presiden dan Timbalan Presiden PERPETA akan bersara dan perlukan kepimpinan AJK baru yang sesuai mengikut pemilihan oleh ahl-ahli semasa mesyuarat agong. Mesyuarat agong ini akan diadakan pada 5-7 Mei 2014 di The Summit, Petaling Jaya, Selangor sempena 'Wachana Intelektual Pertanian' yang akan diadakan. Laporan biro-biro dan penyata kewangan telah dibentangkan dan diterima. Banyak perbincangan adalah berkait dengan tajuk-tajuk kertas yang akan dibentangkan merangkumi aspek pengembangan dan profesionalisma pegawai pertanian dalam memacu pembangunan pertanian negara.

Mesyuarat disambung pada petang hari dimana Presiden PERPETA menyatakan mesyuarat kali ini perlu dijalankan dengan sempurna. Oleh itu beliau minta agar semua AJK dapat menyediakan laporan untuk dibentangkan dan menjawab segala usul-usul tahun lalu. Aktiviti PERPETA di peringkat Negeri perlu terus dipergiatkan dengan penglibatan semua lapisan ahli dimana peruntukkan daripada pusat sebanyak RM200 boleh disalurkan. Mesyuarat juga meluluskan sejumlah peruntukkan untuk perbelanjaan perjalanan Mesyuarat Agong kali ke 13 yang akan datang. PERPETA juga memohon pihak pengurusan agar wachana kali ini adalah 'exclusive' hanya untuk pegawai pertanian kerana ini merupakan perjumpaan terbesar kumpulan pegawai pertanian yang diadakan dalam masa 2 tahun sekali termasuk mereka yang berada dalam Jabatan Pertanian atau pegawai-pegawai kader diluar jabatan. Presiden PERPETA mengucapkan terimakasih kerana kerjasama rapat AJK semenjak 2 tahun lepas dalam menjalankan aktiviti PERPETA. Waallam!.

Oleh,
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(11 April 2014)

No comments:

Post a Comment