Friday, April 11, 2014

AKTA AGROLOGIST - KEMANA HALATUJU

SALAM PERPETA,

Setakat manakah agaknya status penyediaan Deraf Akta Agrologist setakat ini?. Sebenarnya akta tersebut adalah dalam peringkat semakan Deraf Akta Agrologist yang telah diterima oleh pihak undang-undang Kementerian Pertanian (PUU). Satu perbincangan yang di kendalikan oleh Bahagian PSM Jabatan Pertanian akan dibuat bagi melihat semula ulasan oleh PUU pada 9 April 2014 bagi tujuan memperbaiki akta tersebut.  Akta tersebut telah pun di lihat oleh Menteri Pertanian dan disokong untuk di majukan kepada pihak atasan bagi tujuan memertabatkan petugas dalam sektor pertanian sebagai sektor pekerjaan yang 'profesional'. Jika ia terjadi berkemungkinan dipersetujui kelak pegawai pertanian dan kumpulan yang setaraf dengannya akan menjadi profesional dengan gelaran 'Agr' agaknya. Bersama-samalah kita berdoa agar proses untuk menjadikan akta ini di proses akan dipermudahkan. Sekian.

Disediakan oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(7 JamadilAkhir 1435H) 

No comments:

Post a Comment