Tuesday, November 12, 2013

TAHNIAH PEGAWAI PERTANIAN G44

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai Pertanian Gred G41 yang dilantik untuk proses kenaikan pangkat ke Gred G44 mulai pertengahan November 2013. Seramai 47 pegawai ini dimana kebanyakan mereka telah menerima surat pemangkuan sekitar pertengahan November dan penempatan di mana kekosongan G44 yang perlu diisikan. Proses kenaikan pengkat ini merupakan satu proses biasa yang dijalankan dalam perkhidmatan kerajaan. Kepada mereka yang terpaksa bertukar lokasi tempat kerja, adalah dinasihatkan menerima tanpa apa-apa keraguan dalam melicinkan pengurusan kenaikan pangkat ini. PERPETA percaya dimana jua anda ditugaskan akan dapat memberikan khidmat terbaik untuk memajukan pertanian negara.
Tahniah semua! Wasallam!


Oleh:
Ketua Biro,
Pembangunan dan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment