Friday, November 22, 2013

KEKOSONGAN JAWATAN GRED G41

SALAM PERPETA,

Dengan seramai 47 orang rakan kita naik pangkat daripada Gred G41 kepada Gred G44 pada pertengahan bulan November 2013, bermakna sebanyak itu juga kekosongan jawatan pegawai pertanian yang perlu diisikan. Pemangkuan mereka yang bermula November ini akan memberikan ruang kepada graduan daripada disiplin Ijazah Sains Pertanian untuk memohon menjadi Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian. Kepada mereka para graduan yang berminat menjadi pegawai pertanian perlu sentiasa menjenguk lamanweb Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bila iklan akan dikeluarkan dan dengan segera boleh memohon. Kelayakan akademik yang baik dengan CGPA melebihi 3.5 keatas adalah 'advantage' kepada calon yang memohon. PERPETA berharap akan ramai calon berwibawa dan kena seimbang antara jantina (Kini ia dimonopoli oleh kaum hawa ketika temuduga dan menerima jawatan Pegawai Pertanian).

Semuga pegawai pertanian yang naik pangkat mempunyai komitment lebih baik dilokasi penempatan yang baru dan tidak menimbulkan masaalah kepada pengurusan tertinggi mengenai penempatan mereka. Biasanya tempat baru akan memberikan pendedahan lebih baik daripada tempat lama bertugas. Selamat Bertugas Semua!

Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(22 Nov 2013)

No comments:

Post a Comment