Tuesday, November 5, 2013

BONUS SETENGAH BULAN GAJI

Salam PERPETA,

PERPETA mengucapkan terimakaseh kepada Kerajaan Malaysia yang mecadangkan bonus setengah bulan gaji daripada pembentangan Belanjawan Negara pada 25 Oktober 2013 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan. Semua kakitangan awam mendapat bonus setengah bulan gaji atau bayaran minima RM 500 yang akan dibayar pada Januari 2014. PERPETA berharap dengan insentif ini akan memberikan dorongan kepada semua ahli PERPETA untuk bekerja dengan lebih kuat pada masa akan datang.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini. Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion. Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

SELAMAT BERTUGAS!

Oleh,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(1 Nov 2013)  

No comments:

Post a Comment