Thursday, November 7, 2013

MESYUARAT AJK PERPETA NOV 2013

SALAM PERPETA!

Mesyuarat Pengurusan Persatuan Perkhidmatan Pegawai-pegawai Pertanian Jabatan Pertanian (PERPETA) diadakan pada 6 November 2013 di Putrajaya. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa PERPETA dan juga beberapa Ex-Officio daripada Negeri-negeri. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Presiden PERPETA YH Dato' Sabtu Slamat dimana dalam ucapan pengerusi menyatakan beberapa perkara penting yang perlu dibincangkan dalam persatuan ini. Antaranya adalah seperti memperbaiki skim perkhidmatan pegawai pertanian dan memperbanyakan aktiviti PERPETA diperingkat pusat dan juga negeri-negeri. Perbincangan juga berkisar dalam cadangan-cadangan untuk menambahbaik aktiviti persatuan bagi meningkatkan lagi keberkesanan PERPETA. Seterusnya adalah pembentangan laporan aktiviti oleh ketua-ketua biro dan ex-officio yang berkaitan.

PERPETA merupakan satu daripada NGO di Jabatan Pertanian selain daripada Persatuan Penolong Pegawai Pertanian dan Kesatuan Pembantu Pertanian yang aktif. Semuga PERPETA akan terus aktif didalam menjaga kebajikan dan wadah untuk pegawai-pegawai pertanian di Jabatan Pertanian. 

Oleh,
Ketua Biro
Biro Perkhidmatan dan Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia
(6 Nov 2013)

No comments:

Post a Comment