Tuesday, October 29, 2013

UNIT INTERGRITI JABATAN PERTANIAN


SALAM PERPETA,  

Satu unit baru di Jabatan Pertanian akan ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Bil 6/2013 yang dirancang sebelum akhir tahun 2013. Unit ini ditubuhkan dalam Jabatan Pertanian dibawah Ketua Pengarah Pertanian Malaysia adalah untuk meningkatkan tahap intergriti dikalangan warna jabatan. Unit ini melibatkan seramai 18 orang pegawai terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan (Pegawan SPRM, Pegawai Jabatan Pertanian - G, Pegawai Agama dan juga pegawai sokongan pengurusan.  Adalah diharapkan unit ini akan memberikan impak yang positif untuk Jabatan Pertanian dan kakitangannya dalam aspek intergriti.

Dibawah saya paparkan pekeliling tersebut diatas untuk dibaca dan difahami oleh ahli-ahli PERPETA:-


PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM 


TUJUAN 

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan 
Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu 
berkaitan integriti di semua agensi awam. 

LATAR BELAKANG 

2. Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti 
merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan 
Kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan 
terus mengambil langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam 
menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem 
penyampaian awam yang lebih cemerlang. 
 2 


3. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi 
awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja 
unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat 
patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran 
tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. 

PENUBUHAN UNIT INTEGRITI 

4. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk 
menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan 
enam (6) fungsi teras seperti berikut: 

a) Tadbir Urus 
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan; 

b) Pengukuhan Integriti 
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam 
organisasi; 

c) Pengesanan dan Pengesahan 
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta 
pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan 
tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan 

ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang 
bertanggungjawab; 

 3 

d) Pengurusan Aduan 
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat 
mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika 
organisasi; 

e) Pematuhan 
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang 
berkuatkuasa; dan 

f) Tatatertib 
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib. 

5. Fungsi-fungsi sedia ada yang dilaksanakan oleh pelbagai bahagian/cawangan/unit 
di agensi perlu dipindahkan ke Unit Integriti ini berdasarkan kepada model Unit Integriti 

yang ditetapkan.

Selamat bertugas dalam Unit Intergriti yang baru ditubuhkan. Semuga anda semua dapat meningkatkan imej jabatan dimasa akan datang dengan ujudnya unit intergriti.

By,
M Anem,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Pertanian,
PUTRAJAYA
(23 Oktober 1322

No comments:

Post a Comment