Wednesday, October 30, 2013

PERLANTIKAN PENGARAH BAHAGIAN

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan TAHNIAH kepada dua orang Pengarah Bahagian yang baru dilantik iaitu Tn Hj Mohd Yunus Ismail (Gred G54) sebagai Pengarah Bahagian Pertanian Bandar pertama mulai 1 November 2013. Tempat beliau akan digantikan dengan Encik Shaharizan Majid (G54) sebagai Pengarah Bahagian Kejuruteraan Pertanian mulai tarikh yang sama. Ini selaras dengan pengujudan bahagian baru iaitu Pertanian Bandar di Jabatan Pertanian selaras dengan mandat Perdana Menteri Malaysia untuk membangunkan pertanian didalam kawasan bandar utama di Malaysia. Bersama dibahagian baru ini adalah seramai 26 perjawatan daripada beberapa bahagian yang di mansuhkan termasuk daripada Hortikultur (14 Jawatan), PSM (2 jawatan), Perancangan (4 Jawatan) dan juga Pengurusan. Tahap pertama bahagian ini dijangka akan menyediakan perancangan projek-projek pertanian bandar yang akan dilaksanakan pada tahun berikutnya. Semuga pertukaran ini akan meningkatkan lagi produktiviti Jabatan Pertanian dikaca mata semua pihak.
Selamat Bertugas! Wasallam.

Oleh,
Ketua Biro ,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya, Malaysia.
(31 Oktober 2013)

1 comment: