Monday, October 7, 2013

JURULATIH BIDANG KHAS


SALAM PERPETA,

Jabatan Pertanian telah mempunyai ramai Pegawai Jurulatih Bidang Khas (JBK) yang terdiri daripada pelbagai Disiplin untuk mengajar Pegawai Bidang Khas (PBK). Satu Maljlis Penyampaian Sijil JBK kepada semua yang dilantik telah diadakan pada 2 Oktober 2013 di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian, Putrajaya. Pegawai JBK ini terdiri daripada pelbagai kategori pegawai daripada Skim Pegawai Pertanian, Penolong Pegawai Pertanian malahan dari kumpulan Pembantu Pertanian terpilih. Paling ramai adalah Pegawai JBK dalam bidang pengembangan pertanian diikuti dengan kumpulan Perlindungan Tanaman, Hortikultur, Tanah, Kualiti, PSM dan banyak lagi. Seorang JBK mempunyai sebanyak 8 disiplin dikalangan JBK yang dilantik yang bertugas di Bahagian Hortikultur, Putrajaya menerima sijil tersebut yang juga merupakan penulis blog pertanian yang sangat popular.


Khidmat pengembangan kepada petani.
JBK merupakan tenaga pengajar yang dilantik oleh KetuaPengarah Pertanian dan Pengarah Pertanian Negeri bagi mengajar PBK dalam sistem MS:ISO 9001 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian Jabatan Pertanian. PBK pula akan mengajar Agen Pengembangan Kawasan (APK) dalam latihan dua mingguan yang diadakan mengikut jadual latihan berdasarkan kepada TNA dan TNI yang khusus. APK pula akan membuat lawatan kepada petani dan pelanggan berdasarkan kepada kalendar tanaman atau 'impact point' yang sesuai. Pemberian sijil JBK kepada semua melambangkan bahawa mereka adalah berkelayakan untuk mengajar PBK bagi penyampaian teknologi pertanian. 
Tahniah semua JBK Jabatan Pertanian!

By,
Ketua Biro,
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(3 Oktober 2013) 

No comments:

Post a Comment