Wednesday, October 2, 2013

RAMAH MESRA KSN

Tan Sri KSN memberikan ucapan kepada warga Jabatan Pertanian.
Salam PERPETA,

Satu Majlis Ramah Mesra antara warga Jabatan Pertanian dengan Tan Sri Dr Ali bin Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohd Zabidi telah diadakan pada 30 September 2013 di Ruang Legar Kementerian Pertanian Malaysia. Perjumpaan ini yang pertama sekali diadakan oleh KSN dengan Jabatan di bawah MOA melibatkan seramai lebih 500 pegawai Jabatan dari seluruh negara dari pelbagai lapisan kategori pegawai. Maljis ini diadakan selepas satu Mesyuarat Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan di Dewan Seberguna MOA yang dihadiri oleh seramai 80 Ketua Pengarah. Mesyuarat ini adalah bilangan 3/2013 dimana Jabatan Pertanian diberi penghormatan menjadi tuan rumah. Sebahagian daripada ketua-ketua pengarah juga hadir pada majlis tersebut untuk bersama-sama dengan Tan Sri KSN yang 'merakyatkan perkhidmatan awam'.

Ketua pengarah dalam memberikan ucapan menyentuh mengenai beberapa kejayaan dan fungsi Jabatan Pertanian dalam mempastikan bekalan makanan negara mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. KPP juga menerangkan fungsi dan tugas pegawai dengan sokongan beberapa akta yang ada dijabatan. Seterusnya KPP menjelaskan bahawa Bahagian Pertanian Bandar telah diujudkan dalam Jabatan Pertanian dan akan beroperasi pada akhir tahun 2013 melibatkan seramai 27 orang pegawaii di Putrajaya. KPP akhirnya membuat permohonan kepada JPA untuk pengujudan jawatan kenaikan pangkat kepada semua yang layak dalam Jabatan Pertanian.


Sebahagian pegawai Jabatan Pertanian mendengar ucapan.

KSN memberikan ucapan balas dengan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian yang berjaya menjadii tuan rumah mesyuarat Ketua2 Jabatan Persekutuan kali ini. Katanya perkhidmatan awam perlu 'dirakyatkan' dengan lebih dekat kepada pelanggan. Beliau juga menyentuh beberapa dasar perkhidmatan awam. Seterusnya beliau menyentuh kepentingan Jabatan Pertanian yang beroperasi dilapangan dengan mendekati pelanggan, petani, usahawan dengan pro-aktif sesuai dengan dasar semasa. Beliau tidak mahu Jabatan Pertanian pupus seperti 'Dinosour' kerana tidak berubah dan tidak sensitif dengan perubahan kehendak pelanggan. Seterusnya beliau menyentuh mengenai perkhidmatan awam yang perlu disesuaikan dengan kehendak semasa. Beliau menerangkan bertapa terdapat beberapa kumpulan penjawat awam yang berada dalam 'jabatan terttutp' agak kurang peluang dalam kenaikan pangkat. Ini katanya , akan beliau bersama Tan Sri KPPA melihat bagaimana penambahbaikan dapat dilakukan. KSN bersedia menerima kunjunagn Ketua Pengarah untuk membuat perbincangan rasmi mengenai perkara ini.

Agenda seterusnya adalah pelancaran Majallah 'CAMBAH' terbitan Jabatan Pertanian yang mengandungi maklumat teknikal pertanian. Saudara Mohd Anim Hosnan, Timbalan Pengerusi MBJ Jabatan Pertanian mewakili semua warga Jabatan Pertanian bangun untuk memberikan pertanyaan dan memajukan permohonan untuk Jawatan KUP bagi Pegawai Pertanian dan Penolong Pegawai Pertanian kepada Gred Jawatan yang lebih tinggi. Beliau mengucapkan tahniah kepada Tan Sri KSN yang mana ia kali pertama kebanyakan pegawai Jabatan dapat berjumpa KSN. Beliau memberi contoh perkhidmatan AO terdapat ramai pegawai mendapat gred G48 pada unur 52 tahun sedangkan ia jarang berlaku pada perkhidmatan lain. Surat permohonan rasmi oleh Mohd Anim diserahkan sendiri kepada Tan Sri KSN didaksikan oleh KPPA, KPP, TKPP(P), TKPP(O), Semua Pengarah Bahagian, Semua Pengarah Negeri dan warga Jabatan Pertanian. Semuga permohonan ini akan menghasilkan jawapan yang diharapkan. InsyAllah!


Hidangan buah-buahan tempatan kepada hadirin.
Majlis diteruskan dengan jamuan ringan minuman petang dengan buah-buahan dihidangkan seperti Durian Musang King, Nenas MD2, Dokong, Salak, Jambu Air Merah E6, Jambu Batu Lohan, Mangga MA224 Cokanan, Melon, Nangka Tekam Yellow J33 dan banyak lagi. Bahagian Hortikultur menguruskan hidangan buah-buahan tersebut yang disumbangkan sebahagiannya oleh Pengarah Pertanian Negeri-negeri. Tan Sri KSN  bersalaman dengan warga jabatan sebelum meninggalkan majlis sekitar jam 6.00 petang. Sesungguhnya lawatan Tan Sri KSN ini amat bermakna kepada semua warga Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian juga!.
TAHNIAH!....TAHNIAH!.....TAHNIAH!


Oleh,
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian
Putrajaya. (1 Oktober 2013)

No comments:

Post a Comment