Tuesday, August 13, 2013

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA



SALAM PERPETA,
Apakah dia Program Transformasi Minda?


KERAJAAN MALAYSIA

________________________________________________ 
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2012 
_________________________________________________ 
PROGRAM TRANSFORMASI MINDATUJUAN PEKELILING


1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. 

LATAR BELAKANG

2. Modal insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi Kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modal insan sektor awam perlu dibangunkan di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum agar dapat melahirkan pegawai awam yang mempunyai sikap dan pemikiran progresif yang inginkan kecemerlangan serta memiliki etika dan nilai yang sejajar dengan budaya negara.2

3. Cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan minda pegawai awam untuk menjajarkan perlakuan mereka dengan matlamat sebenar perkhidmatan awam dan ekspektasi rakyat agar selari dengan hala tuju negara dan perubahan persekitaran. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan pegawai awam yang membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam.

4. Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. PTM diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam.

OBJEKTIF

5. Objektif PTM adalah untuk:

(a) memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam;

(b) memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam;

(c) menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan

(d) menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.

Seterusnya rakan PERPETA boleh melayari pekeliling berikut untuk keterangan lannjut:


Persidangan Wachana Intelectual dan Mesyaurat Agong PERPETA 2013
di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang
By,
M Anem
Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya,
Malaysia.
14 Ogos 2013.

No comments:

Post a Comment