Sunday, August 18, 2013

BAHAGIAN PERTANIAN BANDAR

SALAM PERPETA,

Sukacita dimaklumkan bahawa satu bahagian baru di Bahagian Jabatan Pertanian Bandar telah diujudkan dalam Jabatan Pertanian melalui satu waran perjawatan yang telah diluluskan. Bahagian Pertanian Bandar akan mempunyai 21 Jawatan terdiri daripada Pengarah Bahagian (Gred G54) dan di bantu oleh Timbalan Pengarah (Gred G52) serta 2 orang Penolong Ketua Pengarag (Gred G48). Selain itu bahagian ini mempunyai 2 Pegawai orang Pertanian Gred G44 dan 7 orang Pegawai Pertanian Gred G41. Seramai 6 Penolong Pegawai Pertanian Gred G27/32 dan 1 orang Pembantu Pertanian Gred G17/22 akan terilbat dalam bahagian baru ini. Waran perjawatan ini diluluskan setelah dimansuhkan beberapa Jawatan daripada Bahagia Hortikultur, Bahagian Perancangan dan juga bahagian PSM.  


Bahagian ini merupakan bahagian ke 12 dalam Jabatan Pertanian yang telah diluluskan oleh kerajaan diatas saranan YAB Perdana Menteri Malaysia. Beberapa bandar besar dalam Malaysia seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Banru, Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka, Seremban dan Lembah Kelang akan menjadi tumpuan dalam perlakanaan aktiviti Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia. Diantara aktiviti yang mungkinaa akan dilaksanakan seperti Projek Laman Dapur (LAMDA), Projek Mini Fertigasi, Projek Pisciponic, Projrk Aquaponic, Projek Herba Moden, Projek IAT, projek Landskap, Projek Nurseri, Projek Bumi Hijau dan Infrastruktur Pertanian dalam Bandar. Bahagian ini akan memainkan peranan penting didalam mempromosikan aktiviti pertanian moden seperti 'Vertical Farming, 'NFT Technology application', Roof-Top Farming dan juga teknologi berkaitan penanaman tumbuhan didalam bangunan. Semuga bahagian baru ini akan meningkatkan lagi martabat pertanian terutama dikawasan bandar di Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara yang berkualiti, murah dan selamat dimakan.
Wasallam.

Oleh,
Ketua Biro 
Pembangunan Modal Insan,
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(19 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment