Sunday, August 25, 2013

PENGESAHAN DALAM JAWATAN

SALAM PERPETA,

Kali ini Biro Pembangunan Modal Insan PERPETA paparkan Pekeliling untuk proses pengesahan dalam jawatan bagi mereka yang belum disahkan dalam jawatan lagi. Semuga pekeliling ini boleh membantu menambahkan pengetahuan anda semua.


Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan

Syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) adalah seperti berikut :


a. PPLD, PPPS dan PPPT

1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
3. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
4. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).

b. AKS

1. Berkhidmat dalam tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun;
2. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;
3. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan;
4. Diperaku oleh Ketua Jabatan; dan
5. Lulus tapisan keselamatan (bagi pegawai lantikan tetap pada atau selepas 1.1.2008).
Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah memperakukan PDP pegawai dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak bagi pengesahan dengan mengemukakan dokumen berikut:

1. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang kemaskini dan teratur serta mencatatkan jenis-jenis cuti selain cuti rehat tahunan yang telah diambil semasa tempoh percubaan pegawai;
2. salinan Sijil Kursus Induksi;
3. salinan Keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (bagi AKS);
4. Jadual Ketiga atau Jadual Ketiga(i), P.U.(A) 176/2005 dengan menyatakan tarikh PDP yang diperakukan; dan
5. Jadual Kelima - Borang opsyen KWSP, P.U. (A) 176/2005.


Tanggungjawab Pegawai

Pegawai sendiri boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan dengan mengemukakan dokumen berikut sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan bagi pengesahan seseorang pegawai yang telah layak disahkan dan suatu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan:

1. borang PDP atas permohonan pegawai;
2. senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah;
3. salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini;
4. salinan sijil Kursus Induksi;
5. salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan (jika berkaitan); dan
6. salinan keputusan tapisan keselamatan.
Suruhanjaya boleh menjalankan satu siasatan dan mengesahkan pegawai itu layak disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Peraturan/Pekeliling/Surat Pekeliling yang berkaitan
1. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 (P.U. (A) 176/2005)

2. Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2010 - Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan; dan

3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2006 - Kaedah Penetapan Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan.



By,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA, Jabatan Pertanian,
Putrajaya

Malaysua
(15 Ogos 2013)

No comments:

Post a Comment