Wednesday, August 14, 2013

PERSARAAN PILIHAN SENDIRI

Gambar Hiasan: Tidak ramai pegawai pertanian bersara awal.
SALAM PERPETA,

Saya paparkan pekeliling daripada JPA mengenai persaraan awal untuk ahli-ahli PERPETA membaca dan memahaminya. Mana tahu selepas membaca pekeliling ini akan ada mereka yang bercadang untuk bersara awal.

top.gif (4398 bytes)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1991

PERSARAAN PILIHAN SENDIRI



1. TUJUAN

1.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan serta peraturan yang telah ditetapkan berhubung dengan persaraan pilihan sendiri bagi pegawai/pekerja perkhidmatan awam pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan apabila mencapai umur 40 tahun.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan telah bersetuju membenarkan semua pegawai dan kakitangan lelaki dan perempuan di dalam perkhidmatan awam dan badan-badan berkanun serta kuasa-kuasa tempatan untuk memilih dan memohon bersara apabila mencapai umur 40 tahun.

3. TATACARA

3.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan bahawa setiap permohonan persaraan pilihan sendiri dikemukakan ke Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam, enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan yang dipohon. Permohonan berkenaan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen-dokumen berikut:


(a)  surat permohonan asal daripada pegawai berkenaan menyatakan sebab beliau ingin bersara dan tarikh persaraan yang dipohon;


(b) surat daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan menyatakan sebab-sebab beliau menyokong atau tidak menyokong permohonan berkenaan;

(c) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan pegawai berkenaan sama ada pegawai berkenaan terlibat atau bebas daripada apa-apa tindakan tatatertib dan atau tindakan mahkamah;

(d) satu (1) salinan keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan ke atas laporan harta (termasuk harta tambahan/ pelupusan, jika ada) yang dibuat oleh pegawai yang berkenaan;


(e) satu (1) salinan kenyataan perkhidmatan dan cuti pegawai berkenaan yang kemaskini dari tarikh perlantikannya yang pertama sehingga tarikh beliau memohon bersara pilihan sendiri;


(f) satu (1) salinan kad pengenalan awam pegawai berkenaan atau kad kuasa polis bagi anggota Polis DiRaja Malaysia (depan dan belakang) yang diperakui sah; dan

(g)  Tiga (3) salinan Borang PEN. 15 dan PEN. 16, termasuk Borang Pengakuan Ahli, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1983.
Jika anda ingin mendapat maklumat selanjutnya, sila layari pada alamat URL seperti berikut:


By,
M Anem
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya.
(15 Ogos 1434H)






No comments:

Post a Comment