Wednesday, July 29, 2015

JAMUAN RAYA JABATAN PERTANIAN 2015

SELAMAT HARI RAYA,

Majlis Jamuan Hari Raya Jabatan Pertanian Tahun 2015 telah diadakan pada 30 Julai 2015 bertempat di Taman Flori, Pusat Flora Cheras, Selangor. Ia dianjurkan bersama diantara Ibupejabat Jabatan Pertanian Putrajaya dan juga Jabatan Pertanian Negeri Selangor.  Majlis yang dihadiri oleh ramai warga Jabatan Pertanian dan Presiden serta AJK serta ahli-ahli PERPETA ini merupakan satu majlis yang gemilang dan berjaya. Majlis dihadiri sama oleh Ketua Pengarah Pertanian, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (P), Pengarah-pengarah Bahagian/Wakil dan Pengarah Pertanian Negeri serta ramai warga Jabatan Pertanian. Turut hadir pesara-pesara Jabatatan Pertanian terdiri daripada bekas Ketua Pengarah Pertanian dan pegawai yang lain didalam majlis tersebut. Terdapat lebih daripada 15 gerai makanan disediakan oleh Bahagian-bahagian,  Negeri dan NGO termasuk Gerai PERPETA. Seperti tahun sebelum ini PERPETA menyumbangkan hidangan Ais Krim yang sememangnya menjadi juadah pencuci mulut paling popular. Sempena Hari Raya ini Presiden dan semua AJK memohon apun dan maaf jika ada kesalahan dan kelemahan yang berlaku kepada semua. Majlis yang gilang gemilang ini berjaya mengeratkan silaturahin diantara warga jabatan dengan jayanya.
SELAMAT HARI RAYA 2015.




Ketua Pengarah memberikan ucapan.

 Kehadiran VVIP Jabatan Pertanian dimajlis tersebut.


Warga Jabatan Pertanian menjamu selera dan berinteraksi.

Inilah satu dari 3 perisa aiskrimPERPETA jamuan raya 2015. Lazat...

Oleh,
Presiden PERPETA,
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(30 Julaii 2015)

No comments:

Post a Comment