Monday, March 16, 2015

PERPETA dalam UTUSAN MALAYSIA

Salam PERPETA,

Berita mengenai PERPETA telah dimasukkan dalam Akhbar Utusan Malaysia pada 16 Mac 2015 (Isnin) dengan tajuk PERPETA BANTU SEKTOR PERTANIAN. Ia ditulis oleh Laupa Junus iaitu seorang penulis aktif mengenai sektor pertanian dalam akhbar tersebut. Tajuk kecil dibawahnya menyatakan sektor pertanian terus beri sumbangan kepada pembangunan negara mengaitkan bahawa ada peranan dari semua pihak dalam proses ini termasuk peranan oleh Perpeta sendiri. Publisiti ini merupakan julung kalinya berita mengenai Perpeta dalam Akhbar tempatan selepas berita mengenai lawatan AJK dan Ahli Perpeta ke pejabat akhbar Kosmo sebelum ini. Publisiti seperti ini membantu Jabatan Pertanian dalam meingkatkan imej jabatan sendiri dikaca mata semua orang. Diatas usaha semua presiden mengucapkan banyak terimakasih.

By,
Presiden Perpeta,
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(16 Mac 2015)

No comments:

Post a Comment