Thursday, March 12, 2015

PENGHARGAAN PASCA BANJIR



Salam PERPETA,

PERPETA telah menerima pengiktirafan daripada YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 10 Mac 2015 di Dewan MAEPS Serdang, Selangor dalam Majlis Penghargaan Sukarelawan Banjir dibawah kelolaan Kementerian selaras dengan Jamuan Makan Tengahari. Majlis ini melibatkan seramai 32 penerima sijil dan surat penghargaan teridiri daripada Syarikat-syarikat swasta yang menyumbang bentuk barangan, Pasukan Beruniform, Persatuan dan NGO yang menyumbangkan tenaga semasa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak pada 2014/2015 lepas. PERPETA yang diwakili oleh Presidennya iaitu Tn Hj Mohd Anim Hosnan menerima sijil dan surat penghargaan tersebut daripada Menteri Pertanian. Dua NGO lain yang menerima penghargaan daripada Jabatan Pertanian adalah Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pertanian (En Azizi) dan PUSPANITA Jabatan Pertanian (Pn Aela). Tiga NGO daripada Jabatan Pertanian ini adalah terbanyak jika dibandinag  dengan daripada Jabatan/Agensi lain yang kebanyakannya hanya satu NGO sahaja yang menerima penghargaan.


Menteri didalam ucapannya menyatakan bahawa peranan warga MOA amat dirasai oleh rakyat jelata daripada kejadian semasa banjir untuk kerja-kerja ketika menyelamat mangsa banjir sehingga aktiviti memberikn bantuan makanan dan keperluan lain dan kerja membersihkan premis seperti masjid, balairaya, rumah dan sebagainya. Seramai lebih 5,000 petugas sukarelawan MOA termasuk lebih dari 50 ahli PERPETA yang secara langsung dan beratus lagi Ahli PERPETA yang secara tidak langsung telah memberikan sumbngan wang ringgit, tenaga, barang makanan dan pelbagai bentuk bantuan dalam bencana ini. Presiden PERPETA amat bangga dengan komitmen ahli PERPETA yang terlibat  seperti juga yang dinyatakan oleh YBM semasa ucapan dalam majlis tersebut. 



Semangat memberikan bantuan semasa bencana banjir menurut YBM menunjukkan bahawa warga MOA dan rakyat Malaysia adalah amat prihatin dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah ditugaskan menyelaras bantuan banjir di Negeri Pahang dimana kementerian lain juga ditugaskan mengikut lokaliti khas.  Ramai dikalangan AJK dan Ahli PERPETA telah bertungkus-lumus selama beberapa minggu untuk menghantar barang makanan, pakaian, perubatan dan sebagainya kelokasi mangsa banjir seperti foto-foto yang dikeluarkan dalam Facebook dan WhatApps. Walau pun penat dan meletihkan tetapi semua petugas amat puashati dengan sumbangan yang diberikan.  Ia akan menjadi sejarah tersendiri bagi PERPETA dan semua NGO lain yang memberikan bantuan.


Mungkin ramai dikalangan petugas yang tidak dapat hadir dalam majlis ini tetapi kepimpinan dan ahli PERPETA yang dapat hadir mewakili PERPETA dapat merasai akan pengiktirafan ini. Semuga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang. Presiden mengucapkan jutaan terimakasih dan penghargaan kepada semua. Wasallam!.

By,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.
(11 Mac 2015)

No comments:

Post a Comment