Sunday, December 28, 2014

GERAKAN BANTUAN BANJIR 2014

SALAM PERPETA,

PERPETA dengan Jabatan Pertanian telah menggerakkan aktiviti bantuan mangsa bencana banjir 2014 diketuai oleh Ketua Biro Kebajikan (Pn Dee Noo) mulai 25 Disember 2014. Aktiviti mengumpul barang-barang bantuan terdiri daripada makanan, pakaian, aur minuman dan sebagainya telah mula dikumpulkan di semua negari terlibat dengan Pusat Kejenteraan Pertanian Serdang dijadikan sebagai Pusat Operasi disekitar Putrajaya dan Selangor serta Kuala Lumpur. Mereka boleh berhubung dengan AJK PERPETA atau Perwakilan Negeri atau terus ke Pusat Peengumpulan di Serdang mengikut kemampuan. Surat dan WhatApp serte Telegram PERPETA telah aktif mengenai bantuan ini dengan sasaran utama adalah memberikan bantuan kepada ahli-ahli PERPETA terlibat, semua kakitangan Jabatan Pertanian da juga orang awam terilibat. Sumbangan wang tunai juga perlu diberikan kepada AJK dan Perwakilan dilantik untuk diserahkan kepada Bendahari sebelum disalurkan kepada pihak berkaitan kelak. Penaung PERPETA yang juga Ketua Pengarah Pertanian membuat perbincangan bagaimana hendak melaksanakan misi bantuan banjir ini pada 29 Disember 2014 di Aras 17, Jabatan Pertanian Putrajaya. Bantuan pemulihan selepas banjir akan disusun atur sekepas iua surut bagaimana kita boleh membantu mangsa banjir terutama dikalangan ahli Perpeta dan warga Jabatan Pertanian. Bersama-sama kit amenyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir 2014. Melihat foto dibawah, takkan kita kitak mahu membantu. Terimakaseh.



By,
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(29 Disember 2014)

No comments:

Post a Comment