Tuesday, December 2, 2014

MAHA 2014

SALAM PERPETA,

MAHA 2014 akan diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor pada 20-30 November 2014. Pada tahun ini konsep MAHA telah banyak diubah daripada konsep-konsep dahulu semenjak MAHA diujudkan dengan banyak menampilkan beberapa aspek baru. Ramai dikalangan warga Jabatan Pertanian dan ahli-ahli PERPETA yang bertungkus lumus membuat persediaan pada MAHA 2014 kali yang kebetulan musim hujan lebat setiap petang. Jabatan Pertanian dalam dua aktiviti utama pada MAHA kali ini iaitu dalam aktiviti Pertandingan Hasil-hasil Segar Produk Pertanian dan Laman Florikultur dibahagian atas bukit. Pavillion negeri juga melibatkan Jabatan Pertanian untuk penyediaan dan juga pengisiannya. eramai 3.5 juta pengunjung dijangka akan datang pada pameran MAHA kali ini yang memang baru dan banyak perubahan. Ayou semua ahli-ahli PERPETA sama-sama datang untuk mendapatkan info terkini mengenai sektor pembangunan pertanian!.  
Disertakan maps untuk ke MAHA di MAEPS.



Oleh,
Presiden
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(18 Nov 2014)

No comments:

Post a Comment