Wednesday, January 7, 2015

PENGARAH NATC BARU

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan selamat bertugas kepada Tn Haji Jamal Harizan yang telah melaporkan diri sebagai Pengarah NATC di Kementerian Pertanian Malaysia pada 23 Disember 2014. Pengisian jawatan tersebut adalah giliran pegawai daripada Jabatan Pertanian mengikut amalan biasa dengan Gred Jawatan Jusa C. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia mulai Jun 2014 dan sebelum ini beliau telah bertugas di Bahagian Perancangan Jabatan Pertanian. NATC merupakan bahagian yang terlibat dengan semua aktiviti latihan dibawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan siapnya pusat latihan NATC yang besar di Bukit Tangga, Kedah dan banyak pusat-pusat latihan lain dibawah 4 Jabatan dan 9 Agensi dibawah MOA. Semuga beliau akan terus berjaya dalam kerjaya.

Oleh,
AJK Perpeta,
Jabatan Pertanian,
Putrajaya
(24 Disember 2014).

No comments:

Post a Comment