Wednesday, July 10, 2013

SELAMAT BERPUASA

SALAM PERPETA,

PERPETA mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada ahli-ahli PERPETA yang beragama Islam pada tahun 1434 Hijrah ini. Sempena dibulan Ramadan yang mulia ini  marilah kita perbanyakkan amal ibadah dengan membaca Al-Quran, Bersedekah, Memberi Derma, Solat Terawikh dan sebagainya. PERPETA bersama pihak pengurusan Jabatan Pertanian bercadang mengadakan Majlis Berbuka Puasa dengan penduduk Kompleks Pertanian Serdang, Selangor pada 23 Julai 2013 di Masjid Lama Serdang, Selangor bermula jam 6.30 petang. Sama-samalah kita menantikan jemputan yang akan diberitahu melalui website, SMS, Surat atau jemputan mulut. Kepada sesiapa yang ingin menderma untuk pembinaan Masjid Jamek Serdang (Lama) boleh berbuat demikianuntuk dihulurkan kepada Tn Hj Md Zin Supaat (Ketua Biro Kebajikan) atau wakil-wakli PERPETA di Negeri-negeri untuk disampaikan pada majlis tersebut. Semuga ibadah kita akan diterima Allah jua!. Wasallam.

BULAN INI... BULAN RAMADAN....
AMAL IBADAH ... KITA BANYAKAN ...
AHLI PERPETA... JANGAN LUPAKAN...
BERSATULAH...TERUS PERJUANGAN... 

Oleh,
Ketua Biro
Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment