Thursday, July 25, 2013

IHYA RAMADAN

YH Dato Sabtu Presiden PERPETA menyampaikan
sumbangan daripada PERPETA

SALAM PERPETA,

PERPETA mengorak langkah lagi dalam bulan 15 Ramadan 1434 Hijrah ini bersamaan 24 Julai 2013 dengan mengadakan Majlis Iftar Bersama Jabatan Pertanian dan PERPETA di Masid Jamek Lama, Kompleks Pertanian, Serdang, Selangor.  Majlis ini yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertanian, TKPP(P)/ Presiden PERPETA, TKPP(O), AJK PERPETA, Pengarah-pengarah Bahagian, Semua Pengarah-pengarah Negeri, Pegawai Kanan Jabatan, Penduduk Tempatan dan Pelajar IPS Serdang seramai lebih 500 otang telah hadir. PERPETA telah berusaha mengadakan majlis gilang gemilang ini dengan memberikan derma dari Tabung PERPETA dan membuat kutipan dikalangan Ahli-ahli PERPETA untuk menampong kos pembinaan masjid baru yang berada disebelah bangunan mesjid lama. 

Penyampaian derma PERPETA disampaikan oleh Presiden PERPETA diiringi oleh Ketua Biro Kebajikan PERPETA (Tn Hj Md Zin) kepada pengerusi AJK Masjid Serdang. Beberapa perwakilan PERPETA Negeri juga turtut hadir dalam majlis ini yang menjadikan antara perjumpaan yang meriah dibuat pada tahun ini. Satu bena telah dipasang pada pintu masuk masjid yang menyatakan peranan PERPETA didalam menjayakan aktiviti ini seperti foto disertakan dibawah.


Berikut saya paparkan beberapa foto yang menunjukkan aktiviti Iftar bersama Jabatan Pertanian di Masjid Lama Kompleks Serdang yang sempat saya rakamkan semasa majlis berjalan.
Sekian.

oleh,
Pengerusi
Biro Pembangunan Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(25 Julai 2013)

AJK PERPETA dan Ahli PERPETA depan masjid.

Ketibaan KPP disambut AJK Masjid dan AJK PERPETA

KPP /Penaung PERPETA memberikan ucapan

Sebahagian hadirin dan penuntut IPS mendebgar ucapan

Acara membaca tahlil dan doa selamat


Hidangan disediakan AJK Penganjur (Bahagian Hortikultur)


Presiden, Naib Presiden dan penulis didepan bangunan
masjid barudalam pembinaan. Dijangka siap April 014.





















No comments:

Post a Comment