Tuesday, July 16, 2013

MAJLIS MBJ BERSAMA KPP

SALAM PERPETA,

Satu perjumpaan antara Majlis Bersama Jabatan dengan kakitangan Jabatan Pertanian Malaysia akan diadakan sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini pada 24 Julai 2013. Majlis ini yang akan diadakan di Masjid Kompleks Pertanian Serdang akan di hadiri oleh seramau 450 orang kakitangan Jabatan Pertanian,Ah;i Jemaah Masjid, Penduduk tempatan dan jemputan daripada Jabatan Pertanian Negeri. Majlis anjuran PERPETA dengan Pengurusan Kompleks Pertanian Serdang akan dihadiri oleh Ketua Pengarah Pertanian yang juga akan menyampaikan sumbangan daripada kakitangan Jabatan Pertanian dan PERPETA untuk kos pembinaan masjid baru nanti. AJK menjemput semua ahli PERPETA beragama Islam untuk hadir kemajlis tersebut dan memberikan sumbangan iklas derma pembinaan masjid kepada perwakilan PERPETA di bahagian masing-masing di Putrajaya, Serdang dan ex-officio negeri-negeri. Marilah hadir bersama-sama didalam majlis dengan aturcara seperti berikut:


6.00 Petang     - Ketibaan jemputan
6.15 Petang     - Ketibaan Ketua Pengarah Pertanian
6.30 Petang    - Ucapan Ketua Pengarah Pertanian
6. 50 Petang   - Penyampaian derma pembinaan masjid
                             oleh KPP kepada AJK Masjid
7.00 Malam   - Tahlil dan doa selamat
7.30 Malam   - Berbuka Puasa
7.45 Malam   - Sembahyang Maghrib
                          - Bersurai

PERPETA mengucapkan selamat berpuasa dan menjemput sekali mereka berkesempatan untuk hadir majlis ini.
Wasallam!


Oleh:
Ketua Biro
Pembangunan Modan Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya
(17 Julai 2013)

No comments:

Post a Comment