Friday, March 8, 2013

MESYUARAT MBJ BIL 1/2013

SALAM PERPETA!

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan pada 7 Mac 2013 di bilik Mesyuarat Bunga Raya, Aras 16, Jabatan Pertanian , Putrajaya. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pertanian Dato Mustapa Kamal dengan dihadiri oleh beberapa Pengarah Bahagian (Kumpulan Majikan) dan Ahli-ahli darii semua Kumpulan Pekerja. Ketua Pengarah dalam Ucapan Aluannya telah mengucapkan tahniah kepada urusetia dan ahli mesyuarat yang mana dapat mengikuti jadual mesyuarat mengikut kehendak peraturan iaitu 4 kali setahun. Beliau seterusnya memberikan beberapa berita gembira mengenai kenaikan pangkat, insentif-insentif perkhidmatan dan sebagainya.

Ucapan balas Timbalan Pengerusi MBJ dari pihak pekerja pula diberikan oleh Pengerusi (Wakil dari PERPETA) iaitu Hj Mohd Anim Hosnan yang mengucapkan tahniah kepada anugerah Gelaran Dato kepada Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian Pengembangan (Dato Wan Darman). Seterusnya beliau nyatakan kumpulan pekerja berjaya mengadakan mesyuarat dikalangan pekerja pada 7 mac 2013 sebelah pagi untuk membincangkan dan menyelaraskan usul-usul yang hendak dibawa kedalam MBJ penuh.

Sebanyak 6 usul dari PERPETA, 9 usul dari Kesatuan Pembantu Pertanian, 4 usul dari Kumpulan Gunasama dan 3 usul dari kumpulan Pembantu Am Pejabat dibincangkan pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini berjaya memberikan maklumbalas yang amat positif daripada semua usul-usul dibincangkan dengan penuh keharmonian.
Tahniah kepada Jabatan Pertanian!

By,
M Anem
Ketua Biro Modal Insan
PERPETA
Jabatan Pertanian
Putrajaya.

No comments:

Post a Comment